web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 8:36AM

Mohd Shuhaily Mohd Zain - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu kertas siasatan dibuka terhadap seorang pengguna X, selepas dia dikesan memuat naik hantaran jelik berkenaan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan ke atas Saifuddin Shafik itu dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Bukit Aman.

Menurut beliau, lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Susulan siasatan, polis telah merampas seunit telefon bimbit jenis Iphone 12 Pro yang digunakan untuk membuat hantaran tersebut,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara, selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) katanya, ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa yang terlibat.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif melibatkan kegentaran awam melalui media sosial.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya. - Getaran, 26 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sasaran Nilai Rampasan RM1 Bilion Berjaya Dicapai, PDRM Komited Laksana Operasi Berkualiti 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 3 jam yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Semasa 15 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan