Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

Filem & TV Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 12:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Stesen penyiaran, Astro menjalinkan kerjasama dengan TikTok dalam usaha mencari bakat nyanyian baharu atau pencipta kandungan muzikal untuk menyertai uji bakat edisi terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’.

Program pertandingan nyanyian di platform media sosial TikTok itu akan dihoskan sepenuhnya di TikTok LIVE, perkhidmatan penstriman secara langsung dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY menerusi platform TikTok bermula 7 Mei sehingga 24 Mei hadapan dan penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia.

Untuk edisi baharu ini, pencipta kandungan atau penyanyi yang terpilih daripada uji bakat TikTok LIVE ini akan bertanding dalam program utamanya yang akan bersiaran selama lapan minggu di Astro Ria (Saluran 104) bermula Julai 2024.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, pihaknya sangat berbesar hati untuk membawa program itu ke Malaysia menerusi Astro.

Beliau berkata, pengguna bulanan aktif, TikTok yang mencecah 1 bilion menjadikan ia antara platform media sosial terbesar di dunia, dan memiliki pengguna di kalangan warga muda yang besar dan kuat.

“Ia sejajar dengan misi kami untuk membawa remaja sebagai sasaran penonton utama ke saluran Astro Ria menerusi edisi terbaharu ini.

“Media sosial juga platform yang sangat aktif dan efektif dalam pencarian bakat muda khususnya dalam bidang nyanyian.

“Justeru, kami yakin ramai akan teruja untuk menyertai uji bakat ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ dan mempelawa semua pencipta-pencipta kandungan untuk mengambil bahagian serta memanfaatkan peluang yang ada menerusi kolaborasi ini di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Serantau TikTok LIVE, Melissa Yuen pula berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro untuk mempersembahkan bakat-bakat muzik terbaik di Malaysia.

“TikTok LIVE satu platform yang memberi peluang kepada pengguna untuk mencipta ekpresi yang kreatif dan tulen.

“Menerusi program ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’, kami teruja untuk mencari pencipta kandungan yang paling kreatif dan berbakat di platform kami.

“Kami juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro untuk mempersembahkan bakat-bakat muzik terbaik di Malaysia, menjadikan ia satu inspirasi kepada komuniti kami serta mencipta pengalaman hiburan yang unik untuk pengguna kami.

“Kami berharap kolaborasi ini dapat membuka peluang kepada bakat-bakat muzik yang sedang meningkat naik di seluruh negara untuk lebih berkembang di pelbagai platform,” katanya.

Mengekalkan format sama yang dipecahkan kepada beberapa fasa, uji bakat ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ akan bermula 7 Mei hingga 24 Mei ini dengan membuka penyertaan kepada seluruh warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Pengguna TikTok yang berbakat dan berminat boleh menyertai uji bakat ini dengan menghantar video nyanyian mereka berdurasi 10 minit ke aplikasi ini menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Selepas tarikh uji bakat ditutup pada 24 Mei, peserta yang disenarai pendek oleh pihak Astro dan TikTok akan bertanding dalam segmen Multi-Guest yang akan dikendalikan sepenuhnya menerusi perkhidmatan penstriman TikTok LIVE.

Peserta boleh menunjukkan bakat nyanyian dan bakat muzik mereka dengan kehadiran salah seorang guru vokal terkenal untuk dipilih sebagai peserta yang layak ke peringkat seterusnya.

Peserta yang berjaya melepasi saringan ‘Multi-Guest’ akan dipilih untuk menjadi barisan peserta ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ yang bakal bersiaran pada Julai ini di Astro Ria (saluran 104).

Paling menarik, edisi kali ini akan menyaksikan juara serta enam peserta teratas di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa. – Getaran, 3 April 2024

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

Apa yang diucapkan oleh Ning adalah respon kepada peminat ketika dia sedang bercakap tentang nama 

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Jenama Pro Israel

Selepas dikecam hebat dan namanya termasuk dalam senarai Blackout2024, Daiyan pilih batalkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa pro Israel.

oleh Wartawan Hiburan Getaran