web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Unfading Memoirs' Jelajah 4 Destinasi Popular Di Malaysia

Program yang mula bersiaran di AXN pada 11 Julai lalu merupakan sebuah dokumentasi perjalanan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah

Filem & TV Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jul 2024 10:41AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peneraju saluran hiburan berbahasa Inggeris, AXN Asia milik KC Global Media, dengan kerjasama Tourism Malaysiadengan bangganya mempersembahkan travelog baharu berjudul ‘Unfading Memoirs’.

Bertujuan mempromosikan kepelbagaian dan keunikan Malaysia, travelog ini sudah pun menemui penonton di saluran AXN (Astro 701) dan juga secara dalam talian di seluruh Asia bermula 11 Julai lalu.  

Menampilkan Justin Bratton (Asia’s Got Talent, Screaming at Stars) dan Selina Lo (Hellraiser 2022, aktres musim baharu Lord of the Rings: The Rings of Power) sebagai hos dengan gandingan penggemar kembara dan makanan terkenal,Erwan Heussaff (Let it Simmer, Survivor Philippines), ‘Unfading Memoirs’ merupakan eksplorasi mengujakan yang memaparkan kekayaan budaya, selain landskap menakjubkan negara ini berteraskan tiga elemen utama iaitu pengembaraan, budaya dan juga makanan. 

Ulat sagu antara makanan eksotik yang dicuba kedua-dua hos
Ulat sagu antara makanan eksotik yang dicuba kedua-dua hos

Memanifestasikan keindahan pengembaraan, ‘Unfading Memoirs’ terdiri daripada beberapa siri kandungan digital yang mengajak penonton untuk bersama-sama menyertai perjalanan mengujakan di Malaysia sekali gus merasai pengalaman setiap destinasi dengan naratif unik oleh pihak AXN.

Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden KC Global Media, George Chien berkata, Malaysia kekal menjadi 'syurga' pilihan pelancong kerana biarpun ia telah dilawati berkali-kali, pasti ada sesuatu yang baharu untuk dinikmati. 

“Dengan kekayaan warisan sejarah dan budaya, selain tarikan luar biasa yang lain, Malaysia merupakan destinasi yang amat berbeza berbanding negara lain.

“Pelbagai pengalaman hebat yang diraih di Malaysia mencerminkan inti pati kepelbagaian dan keunikan kaum di Asia, sejajar dengan jenamanya 'Malaysia, Truly Asia'.

“Oleh itu, menjadi satu penghormatan buat kami dapat bekerjasama dengan Tourism Malaysia dalam membawakan ‘Unfading Memoirs’ kepada para penonton," ujarnya.

Para pencinta aktiviti kembara akan berpeluang menonton gabungan pelbagai dimensi kandungan pengembaraan dan hiburan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah yang dihasilkan pengguna (UGC) daripada perspektif berbeza sekali gus memberikan inspirasi kepada para penonton untuk melancong ke lokasi-lokasi tersebut. 

Terokai sendiri pengalaman berjalan di dasar laut dan menaiki kereta api bersejarah Borneo Railway. Turut dipaparkan ialah pengalaman menyaksikan pemandangan indah menaiki belon udara panas, mengagumi pelbagai hasil karya pelukis muda tempatan dan pertukangan tradisional selain menyoroti warisan seni kulinari Malaysia. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Manoharan Periasamy juga menzahirkan sokongannya kepada siri Travelog ini.

"Kepelbagaian tarikan yang ada di Malaysia, bermula daripada sejarah, budaya dan keindahan alam semula jadi, menawarkan banyak pilihan kepada para pelancong untuk menikmati percutian sempurna di negara ini.

“Ditambah pula dengan keramahan rakyat tempatan serta reputasi Malaysia sebagai syurga makanan, kami berbangga untuk mempersembahkan keunikan Malaysia kepada para penonton melalui kerjasama khusus bersama AXN Asia," ujar beliau.

Peluang Menangi Hadiah Bercutian Bernilai AS$1,400

Alang-alang menonton, bolehlah rebut peluang memenangi percutian eksklusif yang bakal membawa anda mengembara ke destinasi menarik selama 3 hari dua malam bernilai bernilai lebih kurang RM6,600 (AS$1,400). 

Bagaimana caranya? Sertai peraduan yang dianjurkan oleh pihak produksi dengan  memuat naik foto atau video pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan di negara ini. 

Langkah seterusnya ialah memuat naik foto atau video di akaun media sosial peribadi anda dengan kapsyen menarik dan jangan lupa tag @AXNasia serta letakkan tanda pagar #AXNUnfadingMemoirs dan #MalaysiaTrulyAsia.

Pertandingan ini akan berlangsung dari 15 Julai hingga 25 Ogos 2024 dan pemenang akan diumumkan pada 3 September 2024. 

Untuk maklumat lanjut termasuk terma dan syarat, sila layari www.axn-asia.com/UnfadingMemoirs.  - Getaran, 23 Julai 2024

Foto : KC Global Media

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Hiburan Penuh Komedi Dan Keganasan Dalam Deadpool X Wolverine

2

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Reviu Filem : Pingat Emas Buat Adrian Teh Dan Filem 'Gold'

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Kutip Lebih RM60 Juta Di Tempat Sendiri, Tapi Sheriff Gagal Tawan Hati Penonton Indonesia

4

Filem & TV 3 bulan yang lalu

MONSTA Lancar Promosi Boboiboy Galaxy Windara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara