web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warna Dinding Boleh Mempengaruhi Emosi?

Ramai tidak tahu sebenarnya warna bilik mempengaruhi kesejahteraan mental.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 8:33AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar tidak sedar, sudah hampir dua tahun kita berada dalam belenggu wabak COVID-19. Bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga, duduk di rumah menjadi langkah terbaik untuk membantu membendung penularan virus ini. 

Ini bermakna, selama itulah kita merenung dinding rumah yang sama dan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada kesihatan mental. Ia menimbulkan persoalan, apakah yang boleh dilakukan untuk menyesuaikan mental dalam mengharungi fasa serba mencabar ini?

Menurut kajian daripada Dulux, warna menjadi faktor yang penting dalam mempengaruhi kesejahteraan mental kita. Pada dasarnya, warna memainkan peranan dalam emosi dan tingkah laku. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi wabak yang berlarutan ini. 

Perhatian perlu diberikan kepada kesihatan dan kesejahteraan mental. Kajian ini menunjukkan warna biru dan hijau boleh menghadirkan suasana yang menenangkan, jingga dan kuning sebagai perangsang selera, merah pula sebagai pembangkit semangat dan ungu untuk menjana kreativiti.

Namun, perlu diingat perasaan setiap manusia terhadap warna itu bersifat unik. Memandangkan warna mempunyai kesan yang besar terhadap emosi dan tingkah laku, maka ada baiknya sekiranya anda memilih warna-warna yang boleh mempengaruhi mental secara positif. 

Pentingnya warna dengan emosi dan suasana

Dalam soal pemilihan warna, rona hijau bumi dan menggandingkannya bersama biru boleh memberikan suasana yang santai dan menyegarkan untuk minda dan tubuh. Misalnya, dinding bilik tidur. 

Di sinilah tempat untuk kita berehat dan tidur, sementara mengembalikan semula kesegaran tubuh dan mental. Bilik tidur ialah ruang yang sepatutnya mewujudkan ketenangan agar kita dapat tidur dengan lebih berkualiti. Dua warna paling sesuai ialah warna biru dan hijau.

Selain bilik tidur, ramai antara kita menghabiskan masa di ruang tamu. Ruang tamu ialah tempat kita meluangkan masa bersama. Ia sepatutnya menghadirkan suasana hangat dan mesra. Warna-warna paling sesuai ialah rona-rona tanah seperti coklat, putih dan merah tanah.

Sekarang kita beralih pula ke ruang belajar atau pejabat mini di rumah. Penting untuk menjadikan ruang ini bagi merangsang kreativiti. Padanan warna-warna pastel seperti ungu lembut, paling sesuai bagi mewujudkan persekitaran yang tenang dan produktif.

Pada akhirnya, apa pun pilihan anda, perlu diingat warna memainkan peranan utama dalam mempengaruhi kesejahteraan mental kita. Untuk maklumat lanjut, layari Dulux Malaysia bagi mendapatkan tip dan panduan warna secara percuma. - Getaran, 28 September 2021

Semua gambar: Dulux Malaysia

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN