web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kolaborasi Anggun Coach x Sephora

Wah, menarik kolaborasi ini. Coach dan Sephora bergabung kepakaran untuk menghasilkan palet-palet solekan yang ceria namun klasik.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 4:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Riang namun anggun, begitulah koleksi kolaborasi Coach x Sephora yang baru dikeluarkan awal bulan ini. 

Koleksi ini menggabungkan kepakaran Sephora menghasilkan rona-rona solekan yang mewah namun manis dengan gaya signature Coach yang klasik tak lapuk dek zaman. 

Setiap satu item dalam koleksi keluaran terhad ini menampilkan elemen reka bentuk yang diinspirasikan oleh warisan dan gaya bebas Coach serta kepakaran kecantikan Sephora Collection. 

Motif-motif dan maskot-maskot ikonik Coach diberi interpretasi segar untuk menonjolkan pendekatan riang jenama ini kepada legasi Amerikanya. 

Palet berisi warna-warna yang warm dan kemasan yang diinspirasikan oleh kepakaran kraf kulit Coach, kemasan koleksi ini menampilkan ilustrasi penuh nostalgia dan bewarna-warni. 

Antara motif yang ditampilkan adalah ukiran 'C' signature jenama Coach dan Tea Rose, lakaran bunga liar menandakan semangat pertualangan jenama ini. Turut ditonjolkan adalah Rexy, Sharky dan Uni, maskot-maskot Coach. 

“Kami mahu mencipta sesuatu yang riang tetapi masih mempunyai identiti Coach. Palet-palet warna yang dibuat cukup mewah, sama seperti karya kulit kami,” kata Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers. 

“Sama seperti tas tangan kesayangan atau jaket kegemaran, solekan sepatutnya menyerlahkan kreativiti serta gaya dan dengan Sephora, kami boleh mencuba cara baru untuk meraikan pernyataan kendiri,” kata Brooke Banwart, Naib Presiden dan Pengurus Besar Sephora Collection Amerika Utara.

“Matlamat Sephora Collection bukan sahaja untuk menyediakan produk kecantikan yang mampu milik dan sesuai untuk semua warna kulit tetapi juga menginspirasi para pembeli kami untuk menjadi lebih yakin mempelajari dan bermain dengan konsep kecantikan,” tambah Brooke. 

Tujuh item yang disediakan dalam koleksi Coach x Sephora ini adalah Rexy Eyeshadow Palette (RM250), Sharky Eyeshadow Palette (RM250), Uni Face Palette (RM250), Tea Rose Brush Set (RM375), Tea Rose Lip Gloss Set (RM250), Tea Rose Eye Masks (RM75) dan Tea Rose Nail Set (RM145).

Koleksi keluaran terhad ini sudah boleh didapati di semua Sephora, Sephora.com dan aplikasi Sephora. - Getaran, 16 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 5 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

TARA 1 tahun yang lalu

Wanita Yang Gilakan Beg Tangan, Alami Pengalaman Pembelian Coach Airways Di Dalam Pesawat 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Langkah Mudah Untuk Solekan Menawan Di Hari Raya

4

TARA 1 tahun yang lalu

Jangan Tersalah Pilih Krim Pemutih Wajah

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Tip Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Hari Bapa, 5 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bersama Hero Anda

Tak semestinya berikan hadiah mahal, boleh juga buat pelbagai aktiviti menarik

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran