web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tip Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak

Ibu bapa tidak boleh sambil lewa tentang perkara ini kerana ia boleh merisikokan tumbesaran dan pembelajaran anak-anak

Gaya Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2024 8:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memasuki pertengahan tahun, golongan ibu pun mula mengintai tadika-tadika yang ada untuk menghantar anak yang akan memulakan pembelajaran awal atau pra-sekolah pada tahun hadapan. 

Pencarian tadika perlu dimulakan awal kerana jika terlambat, kemungkinan tadika atau sekolah yang diidamkan sudah tidak menerima pendaftaran pelajar baharu kerana sudah penuh. 

Lagipun, dengan banyak kes tidak enak yang berlaku di tadika sejak kebelakangan ini, ramai ibu bapa yang lebih berhati-hati apabila ingin memilih tadika untuk anak mereka. 

Jadi, bagaimana cara atau apakah tip untuk memilih tadika terbaik dan tepat untuk anak anda?

Menurut satu perkongsian yang dibuat oleh Guru Besar, Tadika Era Kreatif, Senawang, Teacher Aini, perkara paling utama yang perlu dipastikan oleh ibu bapa sebelum menghantar anak ke sekolah tadika ialah memastikan anak dalam keadaan bersedia. 

Sebagai ibu dan bapa, anda perlu tahu bahawa setiap anak mempunyai kadar pertumbuhan yang berbeza. 

Ada yang sudah boleh berkomunikasi pada umur 3 tahun, dan ada juga yang masih tidak boleh berkomunikasi walaupun sudah berumur 5 tahun.

Jadi, kita sebagai ibu bapa, anda perlu membuat penilaian awal terhadap anak sendiri. Apakah yang perlu dinilai?  Pertama sekali, lihat sama ada anak anda sudah boleh memahami arahan mudah atau tidak. 

Jika tidak, anda perlu latih mereka dengan seringkali memberi arahan mudah untuk dia fahami. 

Antara arahan mudah yang boleh anda suruh mereka lakukan ialah minta buang sampah atau minta dia ulang ayat yang anda tuturkan. Hal ini amat penting bagi memastikan pemahaman anak- anak dalam pembelajaran secara langsung atau tidak langsung di tadika.

Anak yang boleh berkomunikasi bermaksud anak tersebut boleh memberi mesej kepada guru tadika akan sesuatu yang ingin anak tersebut sampaikan. Contohnya, jika anak perlu membuang air besar, anak tersebut boleh meminta guru untuk pergi ke tandas. 

Komunikasi di sini bukanlah sahaja bermaksud kefasihan anak berkata-kata, namun kebolehan anak tersebut menyampaikan mesej tentang apa yang mereka ingin sampaikan sama ada secara lisan mahupun perbuatan.

Selain itu, ibu bapa mengenal pasti kesihatan mental dan fizikal anak supaya pilihan wajar untuk pendidikan anak dapat diberi dari peringkat awal lagi. 

Terdapat begitu banyak kes yang berlaku di mana ibubapa menghantar anak mereka yang ‘istimewa’ ke tadika yang normal dan akhirnya anak terbabit menghadapi pelbagai masalah sepanjang berada di tadika.

Penyakit atau kecacatan seperti autisme (pervasive developmental disorder), Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), speech delay dan sebagainya memerlukan perhatian dan kepakaran yang tinggi, jadi anak-anak ini perlu dihantar ke pusat pendidikan khas supaya mereka dapat dibentuk dengan kaedah yang betul dan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Satu lagi perkara yang tidak boleh diabaikan ialah, umur anak. Kebiasaannya, tadika akan mengambil anak yang berumur dari 4 hingga 6 tahun manakala, pra-sekolah di sekolah kerajaan hanya mengambil anak 6 tahun sahaja. 

Sebaiknya, anak boleh mula dihantar pada umur 4 tahun kerana tadika akan mula memberikan pendidikan awal dalam bentuk latihan motor halus, sosioemosi dan sebagainya.

Oleh itu, ibubapa perlu peka dan kenal pasti sama ada anak sudah bersedia untuk masuk ke alam pra sekolah atau sebaliknya. Kemudian, barulah ambil kira perkara-perkara yang disenaraikan di bawah ini.

1. Pastikan Tadika Berdaftar Dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Tadika yang berdaftar dengan JKM telah pun dipastikan keselamatannya di mana ia perlu mematuhi standard minimum yang dikeluarkan oleh JKM. 

Selain itu, tadika itu juga perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Keselamatan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

2. Cari Pengusaha Atau Guru Yang Mempunyai Latar Belakang Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Mereka yang mempunyai pendidikan awal kanak-kanak lebih memahami bagaimana cara untuk mendidik kanak-kanak. Mereka juga telah belajar untuk mendalami perasaan kanak-kanak dan mengetahui taraf pendidikan kanak-kanak yang perlu mereka kuasai.

3. Buat Lawatan Ke Tadika

Cubalah luangkan masa sehari dua untuk buat lawatan ke beberapa tadika yang telah anda senarai pendek sebagai pilihan terbaik. Anda perlu lihat tempat di mana anak-anak akan bermain, tidur, makan dan belajar.

Sesi lawatan ini akan memberi gambaran tentang bagaimana pergerakan anak ketika berada di tadika. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan fasiliti yang tersedia, boleh gugurkan tadika itu daripada senarai. 

4. Bertanya Kepada Ibu Bapa Lain

Jika anda mempunyai kenalan atau kawan yang terlebih dahulu telah menghantar anak ke tadika terbabit, cubalah ringankan mulut untuk bertanya itu dan ini. 

Tanya bagaimana keadaan anak mereka sepanjang pembelajaran di tadika terbabit. 

Tanyakan juga adakah anak mereka sering sakit atau kelihatan tidak terurus apabila dihantar ke taska tersebut.

5. Yuran Yang Sesuai Dengan Kemampuan

Setiap ibu bapa pasti sudah mempunyai peruntukan untuk urusan pembelajaran anak-anak. Jadi, pilihlah tadika yang sesuai dengan bajet agar ia tidak membebankan kewangan anda di kemudian hari. 

Ini bukan soal kedekut, ia adalah demi kelangsungan hidup dan anak anda boleh bersekolah seperti kanak-kanak lain. 

Moga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat! - Getaran, 16 Jun 2024

Foto : unsplash

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

Buletin Gaya Hidup Sana Sini

2

Gaya 10 bulan yang lalu

Pelancong Malaysia Tak Suka Tempah Sarapan Ketika Bercuti

3

Gaya 10 bulan yang lalu

Model Kasut Terbaharu Asics Sempena Ulang Tahun 30 Pasti Menarik Perhatian Anda!

4

Gaya 11 bulan yang lalu

Hati-hati Pilih Krim Pemutih Wajah, Utamakan Kesihatan Berbanding Kecantikan

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Selera 20 jam yang lalu

5 Makanan Indonesia Yang Selalu Dirindui Dan Mesti Cuba

oleh Rahayu MN

Teknovasi 1 hari yang lalu

Siri realme Buds Air6 Mampu Milik, Janji Pengalaman Mendengar Memikat

Siri ini menandakan usaha berterusan jenama dalam teknologi pembatalan hingar yang canggih, membawa kualiti bunyi Hi-Fi 

oleh Rahayu MN