web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hati-hati Pilih Krim Pemutih Wajah, Utamakan Kesihatan Berbanding Kecantikan

Sebelum membeli krim pemutih wajah, pastikan produk tersebut bebas daripada agen-agen pemutih yang boleh memudaratkan kesihatan.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 9:06AM

Ada krim pemutih mengandungi racun berjadual berbahaya seperti merkuri - gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah satu cara mendapatkan kulit cerah adalah dengan cara memakai krim pemutih. Wanita Asia memang sangat mendambakan kulit cerah kerana adanya stigma kulit cerah atau putih itu tandanya cantik.

Dek kerana itu, banyak jenama produk perawatan wajah hadir dengan krim pemutih yang menjanjikan perubahan drastik pada kulit wajah. Pada hakikatnya, krim pemutih itu tidaklah memberi efek yang diperkatakan.

Sebelum itu, adakah anda tahu bagaimana cara krim pemutih bekerja mencerahkan wajah anda?

Faktor utama yang menentukan warna kulit seseorang adalah melanin. Melanin adalah pigmen yang memberi warna pada kulit, mata, dan rambut  anda. Semakin banyak kadar melanin dalam tubuh, maka semakin gelap pula kulit seseorang. Begitu juga sebaliknya.

Melanin melindungi kulit dari kerosakan akibat daripada radiasi sinar matahari dan meningkatkan reaksi kulit terhadap paparan sinar matahari.

Bintik hitam atau freckles yang sering terlihat pada permukaan kulit wajah merupakan tanda dari meningkatnya produksi melanin di area tersebut.

Jumlah melanin pada kulit ditentukan oleh faktor genetik. Selain itu terdapat faktor paparan sinar matahari, penggunaan bahan-bahan kimia pada kulit, hormon, dan kerosakan kulit yang juga boleh memicu produksi melanin.

Kadar melanin ini boleh berkurangan secara semula jadi. Salah satu cara untuk mengurangkan kadar melanin ialah dengan melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari. Dengan itu, kadar melanin akan berkurangan dan kulit menjadi normal kembali.

Selain itu, cara lain untuk mengurangkan kadar melanin ialah dengan menggunakan krim pemutih. Tidak hanya mencerahkan, krim pemutih juga berupaya menghilangkan flek hitam, bekas jerawat, atau bintik-bintik akibat penuaan.

Sebelum membeli krim pemutih wajah, pastikan produk tersebut bebas daripada agen-agen pemutih yang boleh memudaratkan kesihatan. Salah satu bahan yang mesti dielakkan ialah merkuri.

Lakukan ujian alergi sebelum menggunakan sebarang krim pemutih - gambar hiasan
Lakukan ujian alergi sebelum menggunakan sebarang krim pemutih - gambar hiasan

Krim pemutih yang mengandung merkuri boleh membahayakan penggunanya, terutama jika ia digunakan dalam jangka panjang.

Merkuri boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan saraf, manakala untuk ibu hamil, ia juga boleh menyebabkan kecacatan dan gangguan perkembangan pada janin.

Satu tip sebelum menggunakan krim pemutih wajah ialah, jangan terus mengaplikasikannya ke wajah atau bahagian tubuh yang lain secara menyeluruh.

Lakukan ujian alergi terlebih dahulu dengan cara mengambil sedikit krim dan dioles ke bahagian lengan. Biarkan selama 24 jam.

Jika menimbulkan iritasi, rasa panas, gatal, atau alahan lain, maka lebih baik penggunaannya dihentikan. Cara terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat daripada pakar kulit sebelum membuat sebarang pembelian.

Memetik perkongsian daripada laman web http://www.myhealth.gov.my/, pengguna dinasihatkan agar lebih rasional terhadap kesan yang dijangka ekoran penggunaan sesuatu produk kosmetik. Faktor keselamatan hendaklah diutamakan berbanding kesan terhadap kecantikan.

Wajah yang cantik dan putih sering menjadi dambaan wanita - gambar hiasan
Wajah yang cantik dan putih sering menjadi dambaan wanita - gambar hiasan

Berikut adalah tip untuk dijadikan panduan:

1) Sila  baca maklumat yang tertera pada label produk dengan teliti dan mematuhi saranan yang ditetapkan.

2) Sentiasa melindungi kulit daripada faktor yang boleh merosakkan kulit seperti cahaya matahari dan persekitaran yang tercemar serta mengamalkan gaya hidup sihat dan diet yang seimbang.

3) Tidak mudah terpedaya dengan iklan produk yang menjanjikan perubahan drastik. Produk kosmetik memerlukan masa untuk bertindak secara selamat ke atas punca yang boleh menyebabkan kegelapan kulit.

4) Merujuk kepada profesional kesihatan/kecantikan yang bertauliah bagi mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi dan jenis produk yang bersesuaian.

5) Berhenti menggunakan sesuatu produk kosmetik sekiranya mendapat tindakbalas sampingan yang tidak diingini dan merujuk kepada doktor jika perlu.

6) Selain itu, semakan status notifikasi produk kosmetik boleh dibuat pada laman sesawang NPRA. Sebarang aduan atau kesan sampingan yang serius akibat penggunaan produk kosmetik juga perlu dirujuk kepada pihak NPRA. - Getaran, 19 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 bulan yang lalu

Tip Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak

2

TARA 1 tahun yang lalu

Buletin Gaya Hidup Sana Sini

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Pelancong Malaysia Tak Suka Tempah Sarapan Ketika Bercuti

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Model Kasut Terbaharu Asics Sempena Ulang Tahun 30 Pasti Menarik Perhatian Anda!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 16 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN