web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Langkah Mudah Untuk Solekan Menawan Di Hari Raya

Solekan minimalis tidak bermakna ia akan ‘mencair’ dan perlu dioles beberapa kali dalam sehari. Jadi anda perlu tahu cara yang betul untuk mengenakan mekap sebegini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 12:22PM

Lebaran ini, kalau gambar tidak cantik, rosak mood beraya sepanjang hari! - Gambar Hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengenakan solekan di pagi raya memang perkara ‘wajib’ di kalangan wanita. Jarang ada yang mahu tampil polos. Bimbang nanti gambar-gambar yang dirakam bersama yang tersayang dan keluarga tidak sempurna dek wajah yang kusam tidak bermaya. 

Dalam era yang masing-masing berkongsi kenangan manis di platform media sosial ini, gambar atau foto yang ‘perfect’ adalah keutamaan. Kalau gambar tidak cantik, rosak mood beraya sepanjang hari! 

Lagipun apalah salahnya bukan? Hari raya adalah hari kita meraikan kemenangan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga. Bersolek untuk kepuasan diri sendiri. Tak perlu teragak-agak. Persoalannya gaya solekan yang bagaimana menjadi pilihan anda? 

Ada orang gemar mengenakan solekan yang berat dan tebal kerana mahu menyembunyikan ‘kecacatan’ yang ada di kulit wajah, ada juga yang lebih selesa dengan solekan yang minimalis untuk tampil sederhana tetapi tetap menawan. 

Solekan minimalis tidak bermakna ia akan ‘mencair’ dan perlu dioles beberapa kali dalam sehari. Jadi anda perlu tahu cara yang betul untuk mengenakan mekap sebegini. Ikuti panduan dan tip berikut untuk penampilan yang diidamkan. Tip berikut adalah hasil perkongsian daripada mereka yang pakar. 

 

 1. Pastikan dasar solekan sempurna

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Untuk solekan bersahaja dan minimalis, dasar solekan (makeup base) haruslah sempurna agar wajah nampak segar dan bertenaga. Sapukan alas bedak (foundation) secara tipis dan merata. Setelah itu barulah tutup bintik-bintik hitam dan jerawat dengan penyamar noda (concealer) yang memberikan liputan terbaik. 

Selesai dengan langkah ini, gunakan loose powder untuk ‘mengunci’ dasar solekan agar wajah tidak mudah berminyak. Gunakan span dan tekan-tekan pada permukaan kulit agar meresap dengan baik. 

 

2. Buat shading dan contouring untuk mencipta ilusi wajah yang lebih baik

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Langkah ini mesti diaplikasikan jika anda mahu wajah kelihatan lebih fokus, terletak dan lebih tirus. Buat shading pada area bawah tulang pipi terus ke bawah. Jika berhijab, jangan lupa buat contour hingga mendekati bibir, ini kerana sendi rahang akan tertutup dengan hijab. 

Untuk yang memiliki wajah berisi dan bulat, anda disarankan menggunakan shading hingga di atas tulang pipi untuk mengurangkan penampilan pipi yang menonjol. Terakhir sekali, sekatakan dasar solekan, shading dan contour untuk menciptakan gradasi warna indah untuk hasil yang natural.

 

3. Gunakan highlighter di zon T 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Memakai highlighter pada zon T dan area bawah mata adalah bertujuan untuk mengelakkan solekan menjadi pecah-pecah atau tidak sekata apabila wajah mula berpeluh setelah seharian ke sana sini mengunjungi sanak-saudara, mahupun sibuk melayan tetamu. 

Agar tidak pucat, seimbangkan dengan pembayang mata rona natural pada kelopak mata. Untuk kening cukup sekadar menyikat rapi dan lukis sedikit jika mahu kelihatan lebih tebal. 

Mulakan dari tepi hidung sampai ke pangkal kening. Kemudian dari kelopak hidung, tegak lurus ke pangkal kening hingga ke sudut bola mata luar. Setelah itu, baru bingkai kening lalu tolak ke luar menggunakan pensil kening.

 

4. Pemerah pipi jangan dilupa

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Lakukanlah penggunaan pemerah pipi atau blush on dengan sedikit tersenyum. Jika anda berkulit gelap, pilihlah warna blush on sedikit terang. Untuk kulit putih boleh menggunakan semua warna. Sesuaikan dengan solekan natural. Pulaskan pemerah pipi pada area atas tulang pipi untuk memberi kesan rona segar dan cerah pada wajah. 

 

5. Pakai gincu bibir daripada rona natural dan segar

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Pilihlah gincu bibir yang sesuai dengan solekan natural. Gunakan rona-rona yang mampu membuatkan penampilan nampak berseri dan bermaya seperti merah jambu lembut dan oren pudar. 

Sesudah menggunakan gincu, sapukan pengilat bibir untuk membuat bibir tampak lebih berisi. Alat solekan ini juga mampu membuatkan bibir tampil lebih seksi. 

 

6. Selesaikan solekan dengan setting spray

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Salah satu cara untuk mendapatkan solekan yang tahan lama adalah dengan menggunakan setting spray pada makeup. Setting spray memang sudah terbukti dapat membuatkan solekan tahan lebih lama dan kelihatan lebih mulus. Selain itu, ia juga boleh melembapkan wajah untuk sepanjang hari.

Selamat Hari Raya! - Getaran, 22 April 2023 

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Jangka 2 Juta Kenderaan Sempena Aidiladha, PLUS Aktif SmartLane Di 5 Lokasi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Mahu Badan Penguat Kuasa Tingkat Prestasi, Laksana Anjakan Tatakelola

3

TARA 1 tahun yang lalu

Trend Wes Anderson Jadi Kegilaan Di Media Sosial, Ini Tip Untuk Anda Lakukannya

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aura Hero Remaja! Netizen Tak Keruan Lihat Nadhir Nasar Berbaju Melayu Beli Ais Di Hari Raya

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind