web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangka 2 Juta Kenderaan Sempena Aidiladha, PLUS Aktif SmartLane Di 5 Lokasi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Jun 2023 12:00PM

Ia bagi membantu menyuraikan trafik berikutan jangkaan berlaku lonjakan pengguna kenderaan pada tempoh terbabit. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan SmartLane di lima lokasi kritikal di sepanjang lebuh raya kendaliannya sempena cuti Aidiladha ini, bagi membantu menyuraikan trafik berikutan jangkaan berlaku lonjakan pengguna kenderaan pada tempoh terbabit.

Menurut Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, laluan itu akan diaktifkan di antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 - Arah Utara), Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 - Arah Utara) dan laluan Gua Tempurung - Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 - Arah Utara).

Selain itu, laluan Slim River - Sungkai (KM367.3 hingga KM354.1 - Arah Utara) dan Kawasan Rehat & Rawat (RnR) Rawang - Sungai Buaya (KM439.9 – KM435.5 - Arah Utara).

Ketika SmartLane diaktifkan, katanya, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk menambah kapasiti lorong dan membantu melancarkan trafik.

Ujarnya, ia bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong, bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya.

“Di lokasi SmartLane, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara waktu, sebelum diarahkan masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka.

“Bagaimanapun, pengguna dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan,” katanya.

Pertembungan trafik dan keadaan laluan sedikit mendaki, katanya, menyumbang kepada peningkatan trafik tinggi dan pergerakan kenderaan perlahan di lokasi berkenaan.

Namun, menurutnya, pengaktifan lorong SmartLane, bukanlah sesuatu yang baru, malah, ia sudah dilaksanakan pada musim perayaan sebelum ini.

Malah, ujarnya, di beberapa laluan seperti Setia Alam-Shah Alam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan USJ-Seafield di Lebihraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), SmartLane dilaksanakan setiap hari bagi melancarkan pergerakan trafik pada waktu puncak pagi pada hari bekerja biasa.

“SmartLane juga sering diaktifkan di lokasi penutupan lorong di mana kerja penyelenggaraan kecemasan dan pengurusan kemalangan diadakan di lebuh raya PLUS,” katanya.

“Pengaktifan SmartLane turut mendapat sokongan dan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Mohd Yusuf berkata, sempena Aidiladha kali ini, PLUS turut proaktif membuat persediaan lain untuk menguruskan lonjakan trafik melalui pelbagai pendekatan, bagi membantu pengguna lebuh raya kendaliannya, menikmati perjalanan selamat, lancar dan selesa.

“Kami menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan berada di lebuh raya kendalian PLUS, terutamanya pada hari puncak, iaitu 28 Jun (Rabu) dan 1 Julai (Sabtu), iaitu peningkatan sebanyak 12 peratus, berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari biasa sempena Aidiladha ini,” katanya.

Beberapa langkah persediaan akan diambil PLUS itu,katanya adalah menambah pasukan PLUSRonda untuk mengadakan lebih rondaan di lebuh raya.

Ujarnya, PLUS juga menghentikan sementara kerja penyelenggaraan jalan di antara 24 Jun hingga 3 Julai (kecuali bagi kerja penyelengaraan dan kecemasan yang memerlukan tindakan segera demi keselamatan pengguna).

Beliau berkata, PLUS turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang boleh dirujuk di laman web PLUS atau semua saluran media sosial PLUS.

“PLUS juga menyediakan makluman trafik terkini menerusi paparan papan tanda elektronik lebuh raya, stesen radio, Twitter PLUSTrafik, media sosial dan Chatbot PUTRI,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Yusuf berkata, bagi mengelakkan kesulitan di plaza tol, pengguna lebuh raya juga harus memastikan agar mereka menggunakan mod pembayaran sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya.

“Sebagai contoh, sekiranya pengguna lebuh raya menggunakan mod pembayaran RFID ketika masuk ke lebuh raya, mereka juga mestilah keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan agar memastikan kenderaan mereka selamat untuk perjalanan jauh dan mempunyai petrol mencukupi. Pandulah dengan selamat dan mematuhi had laju di lebuh raya. Pastikan kenderaan diselenggara dan dalam keadaan baik, elakkan memandu ketika letih serta berhenti rehat di R&R sepanjang lebuh raya,” katanya. – Getaran, 27 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang