web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

Kisah Kita Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2024 8:21AM

Firdaus Hong (tengah) bersama kedua ibu bapanya pada sambutan Aidiladha Isnin lalu - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Sambutan Aidiladha tahun ini jelas menghadirkan seribu satu makna buat Abdul Rahman Kheng Abdullah, 51, bersama isterinya, Nur Wandee Abdullah, 45.

Ia bagaikan satu kehidupan baharu buat keduanya, yang kali pertama meraikan Aidiladha sebagai seorang Islam selepas melafaz dua kalimah syahadah beberapa bulan lalu.

Keindahan itu berganda apabila dapat meraikan perayaan ini buat kali pertama bersama anak sulung, Firdaus Hong, 17, yang sudah enam tahun menganut Islam sejak 2018. 

Menurut tukang perabot itu, sejak beberapa hari sebelum ketibaan Aidiladha lagi dia sudah diingatkan oleh rakan-rakan supaya mengenakan 'baju raya' bagi menyambut Aidiladha kali ini. 

Keadaan tersebut katanya, membuatkan dia sendiri merasa teruja untuk menyambut perayaan berkenaan yang mempunyai kaitan dengan sejarah besar Islam. 

"Pagi Aidiladha lalu, saya bersama Firdaus menunaikan solat sunat di Masjid Tunjang. Rasanya memang berbeza dan saya dapat melihat serta merasai sendiri kelainan dalam melaksanakan ibadah tersebut berbanding ketika menunaikan solat fardhu. 

"Berbanding ketika belum melafazkan syahadah, saya kini dapat merasai akan keistimewaan sewaktu Aidiladha. Di rumah ini pun, ada daging lembu serta kambing yang dikorbankan sempena Aidiladha untuk kami nikmati. 

"Cumanya saya dan Firdaus masih belum mampu untuk pergi melihat sendiri pelaksanaan ibadah itu secara berdepan. Namun sebagai muslim, saya mesti juga turut serta dalam ibadah itu nanti dan mungkin tahun depan, saya akan persiapkan diri untuk sama-sama menyertai umat Islam lain bagi melaksanakan ibadah itu," katanya kepada Getaran di sini, hari ini. 

Selain menerima daging korban untuk dimasak sendiri, Abdul Rahman turut teruja kerana dijemput hadir ke beberapa kenduri diadakan penduduk setempat, yang melaksanakan ibadah berkenaan. 

Getaran sebelum ini melaporkan mengenai kisah Abdul Rahman yang melafazkan syahadah bersama isterinya pada 26 Mei lalu iaitu kira-kira enam tahun selepas anak mereka, Firdaus memeluk Islam secara berseorangan pada Mac 2018 

Kisah hidup Abdul Rahman atau nama asalnya Lim Hun Kheng dan isteri yang nama asalnya, Wandee Sandaesa, pernah tular sebelum ini kerana kedua-dua mereka sentiasa menjaga keperluan Firdaus sebagai Muslim, termasuk menyediakan makanan buat anak sulungnya itu bersahur di bulan Ramadan. 

Firdaus ketika ini sedang mendalami ilmu agama dan akademik di Maahad Dini Sultan Abdul Halim, Alor Setar iaitu sekolah agama kelolaan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). 

Meskipun berbeza agama sebelum ini, dia tetap pulang ke rumah ibu bapanya di Pekan Tunjang, malah pasangan berkenaan turut menyediakan pinggan mangkuk berasingan buatnya bagi memastikan kesucian serta status halal makanan sentiasa dipatuhi.

Dalam pada itu Abdul Rahman turut memohon umat Islam untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan isterinya yang akan menjalani pembedahan jantung pada 27 Jun depan. 

"Mohon doakan isteri saya selamat menjalani pembedahan itu pada 27 Jun depan, Insya Allah," katanya. - Getaran, 20 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Hari Raya Aidiladha Disambut Meriah Di Seluruh Negara

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sambut Aidiladha Bersama Keluarga: Penghuni Penjara Sifatkan PBSL Sebagai Peluang Kedua

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara