web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2024 5:16PM

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin melapah daging lembu pada Program Korban Felda MADANI di Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Alor Gajah hari ini. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang sebanyak 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda bagi menjalankan ibadah korban bersempena dengan Aidiladha.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata program korban adalah satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.

"Setiap wilayah berkenaan memperoleh kira-kira tiga ekor lembu bagi pelaksanaan program korban yang rata-ratanya dilaksanakan pada hari ini di seluruh negara membabitkan semua komuniti Felda dan masyarakat setempat.

"Kita dapat lihat kemeriahan program korban hari ini bersama pihak masjid, kepemimpinan kampung dan peneroka. Nampak suasana muhibah itu berlaku dalam program ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Korban Felda MADANI di Felda Tun Ghafar Hutan Percha di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Kawal Selia Felda Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azlan Johar dan Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti, Datuk Mohd Banuri Aris.

Shamsul Iskandar berkata, Perdana Menteri berharap golongan peneroka dapat mengambil ibrah daripada ibadah haji untuk melakukan perubahan dalam hidup, sekali gus menjayakan program korban dengan semangat gotong-royong, kerjasama, menyemarakkan rasa hormat-menghormati antara kepimpinan di peringkat akar umbi agar mendapat nikmat daripada program ibadah korban itu.

Terdahulu, beliau berkata, program ibadah berkenaan membabitkan penyembelihan lapan ekor lembu serta seekor kambing dan tiga ekor lembu daripadanya adalah sumbangan daripada Anwar.– BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

2

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

3

Kisah Kita 6 hari yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

4

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Lihat Hubungan Dengan China Menerusi Lensa Strategik Menyeluruh - PM

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Sukan 10 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar