web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Lihat Hubungan Dengan China Menerusi Lensa Strategik Menyeluruh - PM

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 9:35PM

Anwar Ibrahim menyampaikan buku berjudul Ties that Bind kepada Perdana Menteri China Li Qiang. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia melihat hubungan dengan China bukan setakat dua hala, tetapi menerusi lensa strategik yang menyeluruh.

Beliau percaya menjadi kepentingan strategik Malaysia untuk menjalin persahabatan dan kerjasama dengan China, dan bukan sebaliknya.

"Kita berusaha sedaya upaya untuk melibatkan China secara diplomatik dan menyepadukannya ke dalam hal ehwal serantau kerana ia penting untuk masa depan kita bersama," katanya semasa majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China, hari ini.

Anwar berkata hubungan perdagangan kukuh yang menyaksikan China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia sejak 15 tahun lalu, menunjukkan kepentingan mendalam hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

"Memandangkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) memangkin peningkatan kesalinghubungan dan kerjasama antarabangsa, inisiatif 'Dua Negara, Taman Berkembar' memberikan rangsangan ekonomi yang luar biasa khususnya di wilayah Pantai Timur Malaysia," kata Perdana Menteri.

Selain itu, kata beliau, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) turut menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan dan penciptaan peluang pekerjaan.

"Mengukuhkan hubungan dengan China bukan tentang keuntungan jangka pendek, ia untuk menjamin kepentingan jangka panjang bagi Malaysia.

"Apa yang saya lakukan adalah untuk menjadikan Malaysia negara yang dihormati di peringkat global, yang mana pencapaian kita bukan hanya bersifat sementara tetapi kekal bertahan hingga generasi akan datang," kata beliau.

Anwar berkata Kerajaan MADANI akan bekerjasama rapat dengan rakan-rakan Malaysia di seluruh dunia untuk menggapai impian ini dan ia merupakan sebab mengapa hubungan dengan China dan Presiden Xi Jinping adalah luar biasa dan menonjol.

Justeru, beliau menyeru semua rakyat Malaysia serta rakan sejawat di China untuk menjadi lebih berani dan bijaksana serta mencipta era baru hubungan antara kedua-dua negara yang telah erat terjalin sejak sekian lama.

Beliau berkata dari segi ekonomi, hari ini China menyumbang 18 peratus daripada pengeluaran ekonomi global.

Pada suku pertama 2024, perdagangan Malaysia dengan China meningkat kepada RM112.28 bilion daripada RM108.66 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perdana Menteri China Li Qiang tiba di Malaysia pada Selasa untuk memulakan lawatan rasmi beliau ke negara ini yang akan berakhir esok. Ini merupakan lawatan sulung beliau ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada Mac 2023.

Lawatan beliau juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China susulan pemeteraian Penyataan Bersama antara perdana menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China ketika itu, Chou En Lai pada 31 Mei, 1974. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang