web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hari Raya Aidiladha Disambut Meriah Di Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 1:24PM

Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi umat Islam yang hadir seawal pukul 7 pagi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi umat Islam, termasuk pemimpin serta ketua negeri mahupun setempat, yang hadir seawal pukul 7 pagi, bersama bertakbir memuji kebesaran Tuhan dan menunaikan solat sunat Aidiladha.

Di ibu negara, ribuan umat Islam dalam kalangan warga tempatan mahupun warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara, dengan diimamkan oleh Imam Besar masjid berkenaan Ehsan Mohd Husni, yang kemudiannya menyampaikan khutbah bertajuk Nilai Pengorbanan.

Di TERENGGANU, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bersama-sama anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Muaz berkenan berangkat menunaikan solat sunat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini.

Di PERAK pula, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah (INTIM), Ipoh.

Sementara di KEDAH, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah lain di Masjid Zahir.

Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ketika tiba di Masjid Zahir hari ini - Gambar Facebook Kedah Royal Family
Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ketika tiba di Masjid Zahir hari ini - Gambar Facebook Kedah Royal Family

Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Kuala Pilah untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Di KELANTAN pula Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Muhammadi serta diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Sementara di SELANGOR, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pula berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama kira-kira 7,000 jemaah dan solat itu dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Muhammad Farhan Wijaya.

Di PERLIS, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Dataran Istiadat bagi menunaikan solat sunat Aidiladha serta bersama hampir 1,300 umat Islam

Di JOHOR, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim bersama adindanya Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru disertai kira-kira 1,000 jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru hari ini - Gambar Facebook The Royal Johor
Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru hari ini - Gambar Facebook The Royal Johor

Di MELAKA pula Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah dan diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari dan Mufti Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil bersama kira-kira 3,000 jemaah.

Yang Dipertua Negeri PULAU PINANG Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pula menunaikan solat Aidiladha bersama kira-kira 4,000 umat Islam di Masjid Negeri Pulau Pinang di sini dan sebanyak sembilan ekor lembu turut dikorbankan pada majlis korban di kawasan parkir masjid itu untuk diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin.

Sementara itu di SARAWAK, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah lain di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Petra Jaya, di sini.

Di SABAH, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 500 jemaah di Masjid Haji Noor, Serusup, Tuaran selain sebanyak empat ekor lembu bakal dikorbankan pada sambutan berkenaan.

Di PAHANG, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat Aidiladha di negeri itu yang dipimpin oleh Imam masjid itu Shaifuddin Ngah manakala khutbah bertajuk ‘Penghayatan Pengorbanan Dalam Menangani Semasa’, disampaikan oleh Muhammad ‘Izzan Idris Al-Hafiz. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sambut Aidiladha Bersama Keluarga: Penghuni Penjara Sifatkan PBSL Sebagai Peluang Kedua

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi