web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sambut Aidiladha Bersama Keluarga: Penghuni Penjara Sifatkan PBSL Sebagai Peluang Kedua

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 10:12AM

Pihak penjara memilih banduan yang memenuhi syarat serta kelayakan untuk menjalani kehidupan di luar dengan pemantauan kami dan telah mendapatkan majikan untuk mereka bekerja apabila dibebaskan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

POKOK SENA - Penghuni Penjara Pokok Sena yang dibebaskan melalui Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) semalam menyifatkan ia sebagai peluang kedua kerana membolehkan mereka menyambut Aidiladha bersama keluarga.

Seorang penghuni yang hanya ingin dikenali sebagai Aidil, 29, berkata pembebasan bersyarat itu memberi peluang kepadanya untuk beraya dengan isteri dan anak lelakinya yang berusia empat tahun setelah meringkuk di dalam penjara atas kesalahan dadah sejak April lepas.

"Sepatutnya tarikh sebenar saya bebas ialah pada 23 Julai. Saya amat gembira dan bersyukur dapat bersama dengan isteri dan anak merayakan Aidiladha... ini merupakan kali pertama saya berada di dalam penjara… saya serah diri kepada pihak polis," katanya kepada pemberita.

Appy, 40, yang sepatutnya dibebaskan pada 18 Julai turut bersyukur kerana berpeluang menyambut raya haji bersama keluarga dan bertekad untuk berubah serta bekerja untuk menyara anak lelaki dan perempuannya yang masing-masing berusia 13 dan lapan tahun.

"Saya amat berharap dapat bekerja untuk teruskan hidup dan berjanji untuk tidak mengulangi perkara yang lepas serta mencari masa depan yang lebih baik," katanya.

Pengarah Penjara Kedah Timbalan Komisioner Abdul Kadir Jailani Ismail berkata 19 penghuni Penjara Pokok Sena terlibat dalam pembebasan bersyarat itu.

"Pihak penjara memilih banduan yang memenuhi syarat serta kelayakan untuk menjalani kehidupan di luar dengan pemantauan kami dan telah mendapatkan majikan untuk mereka bekerja apabila dibebaskan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Cadang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Banduan Ganti Pekerja Asing

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi