web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Cadang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Banduan Ganti Pekerja Asing

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 2:27PM

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan berhasrat untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada bekas banduan bagi menggantikan tenaga pekerja asing di negara ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada sesi soal jawab berkata, ini kerana bekas banduan terutama mereka yang sudah selesai menjalani hukuman kecil, masih produktif untuk bekerja.

“Kita boleh menggunakan tenaga mereka (bekas banduan) untuk menggantikan pekerja asing. Banyak usaha sudah diambil oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan ia dilaksanakan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan banyak latihan juga diberikan.

“Ramai juga (bekas banduan) sudah diberi peluang pekerjaan. Mereka yang ada di dalam penjara sudah diberi latihan dan mereka yang keluar dari penjara setelah menjalani latihan juga telah ditempatkan di alam pekerjaan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu sama ada kerajaan merancang untuk menjadi pemudah cara antara majikan dan pihak penjara untuk mengadakan persefahaman yang membenarkan bekas banduan menggantikan pekerja asing.

Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan jumlah pekerja asing dalam negara, Sivakumar berkata, setakat 30 September lalu, unjuran jumlah keseluruhan kumpulan itu adalah seramai 2,730,153.

Beliau berkata, ia merangkumi pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara aktif berjumlah 1,830,828, pekerja asing yang belum memasuki negara seramai 152,158 orang dan pendatang tanpa izin yang berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 seramai 747,167 orang.

“Penggunaan pekerja asing adalah bagi memenuhi keperluan tenaga kerja bagi sektor tertentu yang sukar diisi oleh tenaga buruh tempatan. Justeru, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi menggalakkan tenaga kerja tempatan menceburi pekerjaan dalam sektor yang didominasi pekerja asing.

“KSM menggalakkan industri supaya beralih kepada penggunaan automasi, mekanisasi dan pendigitalan yang dapat mewujudkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran tinggi, sekali gus kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah dapat dikurangkan secara berperingkat,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

86 Pendatang Tanpa Izin Lolos Diberkas Setakat Ini - Ketua Polis Perak

2

Semasa 8 bulan yang lalu

220 Kawasan Di Seluruh Negara Jadi Penempatan Pendatang Tanpa Izin - KP Imigresen

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lolos Dari Hospital, Banduan Dicekup Semula Selepas 17 Jam

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sambut Aidiladha Bersama Keluarga: Penghuni Penjara Sifatkan PBSL Sebagai Peluang Kedua

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi