web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


86 Pendatang Tanpa Izin Lolos Diberkas Setakat Ini - Ketua Polis Perak

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Feb 2024 12:46PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jumlah tangkapan pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Tapah kini mencecah 86 orang setakat pagi ini, kata Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Mohd Yusri dalam kenyataan hari ini berkata, pecahan tangkapan dari 1 Februari sehingga kini adalah 64 orang ditahan polis, 22 orang ditangkap pihak imigresen, manakala baki 43 tahanan masih diburu.

Beliau berkata, awal pagi tadi, pasukan operasi khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan imigresen telah berjaya menangkap 26 lelaki etnik Rohingya.

"Tangkapan dilakukan di kawasan Kilometer (KM) 326.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) arah selatan Tapah, rumah kongsi projek Felcra Sungai Gempel Bidor, Kampung Orang Asli Kenoh Tapah, kawasan Pos Woh Jalan Pahang Tapah dan Kampung Batu Melintang Tapah," katanya.

Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya bekerjasama dalam mengesan tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri dari depot berkenaan dan tidak membuat sebarang spekulasi yang akan menyukarkan lagi situasi semasa, selain operasi mengesan serta menangkap diteruskan sehingga tempoh tertentu.

Dalam kejadian pada jam 9.50 malam Khamis lalu, sebanyak 131 tahanan terdiri daripada etnik Rohingya serta warga Myanmar dan Bangladesh meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, dengan kesemua tahanan itu merusuh serta merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, dua daripada tahanan yang lolos itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Tahanan Lolos: Baki 30 PATI Masih Diburu - Ruslin

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pendatang Lolos Di Bidor: Tiada Penglibatan Dalang Setakat Ini - Imigresen

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pendatang Lolos Di Bidor: 39 Ditahan Setakat 8 Malam Tadi - Polis

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Tahanan Lolos Di Bidor: 37 Ditahan Setakat Petang Ini - KP Perak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang