web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tahanan Lolos Di Bidor: 37 Ditahan Setakat Petang Ini - KP Perak

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 8:25PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Sebanyak 37 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini pada Khamis lepas, berjaya ditahan setakat jam 6 petang ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi petang ini berjaya menemukan 13 tahanan yang bersembunyi di sebuah ladang di penempatan Orang Asli Kampung Senta di sini.

Beliau berkata, semua tahanan itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Terdahulu, pada sidang media pagi tadi Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, 10 tahanan warga asing tersebut telah ditahan.

Beliau berkata mereka ditahan selepas masing-masing mula keluar disebabkan ada keperluan untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman daripada penduduk kampung termasuk di masjid.

Pada Khamis, seramai 131 tahanan terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh melarikan dari Depot Imigresen Sementara Bidor dalam kejadian pada jam 9.50 malam.

Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Tahanan Lolos: Baki 30 PATI Masih Diburu - Ruslin

2

Semasa 7 bulan yang lalu

86 Pendatang Tanpa Izin Lolos Diberkas Setakat Ini - Ketua Polis Perak

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pendatang Lolos Di Bidor: 39 Ditahan Setakat 8 Malam Tadi - Polis

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6 Daripada 130 Tahanan Lari Berjaya Diberkas 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini