web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Daripada 130 Tahanan Lari Berjaya Diberkas 

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 8:37PM

Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Enam daripada 130 pendatang tanpa izin di Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak yang melarikan diri malam tadi, berjaya diberkas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, setakat jam 4 petang ini, empat tahanan telah ditahan oleh pihak berkuasa dan sedang menjalani proses verifikasi oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

"Kita teruskan usaha dengan kerjasama semua agensi keselamatan antaranya polis dan pasukan gerakan am untuk mengesan saki- baki tahanan dengan kekuatan 387 anggota," katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.

Penahanan dua lagi disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi.

Malam tadi, seramai 131 pendatang tanpa izin melarikan diri dari blok lelaki depot itu dan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

Daripada jumlah tahanan yang melarikan diri itu, 115 adalah etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Ruslin juga berkata, pengoperasian Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor kini ditutup sementara bagi membolehkan operasi mengesan saki-baki tahanan yang melarikan diri dilaksanakan sepenuhnya.

Selepas insiden itu berlaku, masih terdapat 435 pendatang tanpa izin di depot berkenaan.

Jabatan Imigresen kemudian memindahkan mereka ke enam depot tahanan antaranya Machap di Melaka, Lenggeng di Negeri Sembilan, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Kemayan di Pahang dan Langkap di Perak.

"Untuk makluman, depot di Bidor menempatkan 556 tahanan dan daripada jumlah itu, seramai 297 tahanan adalah etnik Rohingya.

"Tahanan lain tidak melarikan diri, mereka kekal berada di depot... dan kita memindahkan semua baki tahanan ke enam depot imigresen kekal di tempat lain," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

3

Semasa 6 bulan yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 Pegawai JIM, 2 Orang Awam Ditahan Bantu Warga Asing Masuk Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global