web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Mahu Badan Penguat Kuasa Tingkat Prestasi, Laksana Anjakan Tatakelola

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 3:25PM

Anwar Ibrahim (kanan) ditemani Saifuddin Nasution ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya KDN Madani di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua badan penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya meningkatkan prestasi selain membantu kerajaan dalam melaksanakan anjakan tatakelola dalam pentadbiran.

Beliau berkata perkhidmatan badan penguat kuasa seharusnya baik untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara selain menjamin agihan hasil negara dengan adil.

“Selalu dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri saya tegur agar perbaiki, ada jalan (penambahbaikan) di lapangan terbang kita, di sempadan, tadi juga kita bincang di Majlis Tindakan Ekonomi Negara bersama Timbalan Zahid (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) soal penyeludupan yang masih tinggi... kita hilang minyak diesel RM10 bilion setahun.

“Ini (RM10 bilion) boleh guna untuk membina universiti, baiki rumah penginapan polis, tentera, penjara, sebab itu saya minta badan penguat kuasa cari jalan… tingkatkan prestasi, beroperasi dengan baik,“ kata beliau dalam ucapan pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya KDN Madani di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Turut hadir Ahmad Zahid, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata teguran berkenaan bukan bermakna tiada kebaikan dilakukan badan penguat kuasa sebelum ini, sebaliknya hanya untuk mendorong ke arah perkhidmatan yang lebih baik.

“Kerajaan hargai khidmat semua badan penguat kuasa di negara ini, selama ini negara aman, insitusi berjalan dengan baik berbanding beberapa negara, tetapi kita sebagai manusia mesti ada keinginan untuk lebih baik, berusaha untuk kecemerlangan.

“Kalau dalam mesyuarat, laporan yang diterima semua kata baik, tapi tak mustahil masih ada ruang untuk tambah baik khidmat... (baik) dalam politik, dalam kerjaya, dalam penguatkuasaan, Imigresen, penjara, polis, kita jalan kerja dengan baik,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata semua pihak perlu meneladani pendekatan Kerajaan Perpaduan melalui Malaysia MADANI dalam membawa perubahan terutama melibatkan anjakan tatakelola.

“Mustahil bila kita sudah ada kerajaan baharu dengan pendekatan baharu tetapi tak ada perubahan, rasuah tetap ada, sakau tetap ada, siapa jadi menteri, menjadi semakin kaya-raya... Jadi saya minta kerjasama sebaiknya khidmat saudara saudari bawa anjakan dalam perkhidmatan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki