Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

Gaya Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 8:08AM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat dan pengumpul wang syiling peringatan, boleh menambah koleksi peribadi anda selepas Bank Negara Malaysia mengumumkan pengeluaran Duit Syiling Peringatan sempena Ulang Tahun ke-50 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Bank pusat itu dalam satu kenyataan media pada Isnin, memaklumkan, duit syiling peringatan itu dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).

Duit syiling peringatan yang diperbuat daripada logam perak sterling mempunyai 92.5 peratus ketulenan dengan berat 31 gram, setiap satu.

“Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual dengan harga RM275 sekeping. Sejumlah 1,000 keping telah ditempa.

“Duit Syiling Peringatan Emas Nordic B.U. pula diperbuat daripada tembaga serta beberapa logam lain dan mempunyai berat 8.5 gram.

“Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM16.50 sekeping. Sejumlah 5,000 keping telah ditempa,” katanya.

Peminat dan pengumpul boleh mendapatkannya dalam bentuk Set 2 dalam 1 untuk jualan pada harga RM330.

BNM berkata, setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic dan sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian.

“Bahagian hadapan duit syiling memaparkan imej seorang petani yang sedang memerhatikan mesin penuai dan dron baja, yang melambangkan sumbangan LPP dalam memodenkan serta meningkatkan produktiviti pertanian di Malaysia.

“Imej tanaman padi (duit syiling perak sterling sahaja yang mengandungi imej ini secara berwarna) dipaparkan pada bahagian bawah syiling, melambangkan penanaman yang subur. Motif ini mengambil inspirasi daripada visi LPP untuk menerajui transformasi pelbagai pertubuhan peladang di Malaysia serta untuk menggalakkan pembangunan peladang yang berdaya saing dan produktif.
“Teks "LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG" dan "JUBLI EMAS" juga terukir pada sekeliling bahagian atas duit syiling,” katanya.

Bahagian belakang duit syiling berkenaan pula tertera nama Bank Negara Malaysia, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik, pada sekeliling bahagian kanan duit syiling.

Kenyataan itu menyebut, logo ulang tahun ke-50 LPP, ciri yang hanya ada pada duit syiling perak sterling yang mengandungi logo berwarna, dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling berlatarkan bayangan pelbagai ternakan.

Katanya, teks "1 RINGGIT" atau "10 RINGGIT" dipaparkan pada bahagian bawah syiling yang menunjukkan nilai muka syiling tersebut.

“Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu Set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan tidak lebih daripada lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).

“Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai jam 11 pagi Isnin, 22 April 2024 hingga 11 malam Ahad, 5 Mei 2024.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak lain,” katanya.

BNM berkata, semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan.

Katanya, jika jumlah tempahan yang diterima melebihi jumlah yang ditawarkan, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya. – Getaran, 24 April 2024

Foto : BNM

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Pasar Besties Bazaar Memupuk Kebahagiaan, Tangani Masalah Kesihatan Mental

oleh Rahayu MN