web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

Kolaborasi dengan Aurelius Healthcare itu memberi pengalaman baharu buat tetamu dan kakitangan hospital

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 8:19AM

gambar Aurelius Healthcare

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mendunia selepas busananya diperagakan oleh super model, Naomi Campbell di Minggu Fesyen Dubai tahun lalu, Rizman Ruzaini kini melakar satu lagu kejayaan manis apabila tampil dengan rekaan pakaian seragam hospital.

Pencapaian itu adalah hasil berkolaborasi dengan kumpulan penjagaan kesihatan, Aurelius Healthcare yang berusaha meningkatkan pengalaman penjagaan pesakit melalui pakaian seragam kakitangan yang unik merentasi semua jabatan.

Pereka duo ini telah tampil dengan rekaan seragam yang menyatukan keanggunan dengan ciri-ciri moden, bagi memberi nafas baharu kepada pengalaman tetamu dan kakitangan di hospital.

Terdapat tiga buah hospital yang bernaung di bawah pengurusan Aurelius Healthcare iaitu Aurelius Hospital Negeri Sembilan, Aurelius Hospital Pahang, dan Aurelius Hospital Alor Setar yang bakal beroperasi tidak lama lagi.

“Koleksi ini bukan sekadar pakaian seragam. Ia melambangkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dalam semua aspek operasi kami,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengerusi Aurelius Healthcare, Datuk Amir Firdaus Abdullah.

“Kami menyedari setiap perincian adalah penting, daripada penjagaan pesakit sehinggalah imej kakitangan kami, dan kolaborasi dengan Rizman Ruzaini ini membolehkan kami melaksanakan dedikasi ini secara holistik.

“Dengan menyatukan fungsi dan gaya, kami percaya pakaian seragam ini bukan hanya dapat menyemarakkan semangat pasukan, tetapi juga memupuk suasana lebih positif bagi pesakit dan kakitangan,” tambah beliau lagi.

Pakaian seragam itu membuat penampilan sulung pada pertunjukan fesyen yang berlangsung sempena rumah terbuka Aurelius Healthcare yang bertema ‘Glam Raya’, yang turut menyajikan persembahan menarik daripada penyanyi, Aina Abdul. 

Koleksi itu menampilkan 13 set pakaian seragam untuk pelbagai jawatan yang berlainan, termasuk jururawat, khidmat pelanggan, pejabat hadapan, pembantu penjagaan kesihatan dan sebagainya. Ia direka dengan teliti dan memaparkan warna-warna cerah untuk pengecaman yang mudah.

Pada majlis yang sama, Aurelius Healthcare turut mengumumkan penjenamaan semula Hospital Aurelius Nilai kepada Hospital Aurelius Negeri Sembilan.

Langkah itu membuktikan dedikasi Aurelius Healthcare untuk melanjutkan perkhidmatan kepada komuniti Negeri Sembilan yang lebih luas dengan menyediakan rangkaian perkhidmatan dan kemudahan penjagaan kesihatan yang komprehensif.

Sejak ditubuhkan pada 2019, Aurelius Healthcare sudah memulakan pertumbuhan organik dan bukan organik secara berterusan untuk memperluaskan impaknya serta menaik taraf tawarannya. 

Pada 2023, kumpulan itu, dengan sokongan Navis Capital Partners, telah melakar beberapa pencapaian penting. Antaranya adalah, pengambil alihan Pahang Medical Centre pada Julai 2023, menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Ancubic Group pada Februari 2023 bagi merevolusikan landskap penjagaan kesihatan dengan menyatupadukan kepakaran pengurusan penjagaan kesihatan dengan falsafah seni bina ‘Bandar Pintar Botani’ (Botanical Smart City) yang canggih, dan meraih pengiktirafan global sebagai antara hospital terbaik di dunia. – Getaran, 8 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

2

Gaya 8 bulan yang lalu

Rizman Ruzaini Pilihan Naomi Campbell Pada Minggu Fesyen Dubai 2023

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakaian Jururawat Terlalu Ketat, MP Kuantan Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pakaian Dikecam Netizen Kerana Tidak Sesuai Dengan Lagu Memuji Rasulullah, Ini Penjelasan Nadeera Zaini

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Journify Platform Perjalanan Dan Gaya Hidup Jimat Untuk Si Kaki Travel

oleh Rahayu MN

Refleksi 15 jam yang lalu

Kelebihan Dan Amalan Di Bulan Muharram

Pada bulan Muharram ini juga banyak sejarah Islam yang terlakar, terutamanya pada 10 Muharram atau Hari Asyura.

oleh Rahayu MN