web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pakaian Jururawat Terlalu Ketat, MP Kuantan Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 7:18AM

Wan Razali Wan Nor digesa membuat permohonan maaf secara terbuka atas dakwaan pakaian seragam jururawat wanita tidak patuh syariah kerana terlalu ketat - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor digesa membuat permohonan maaf secara terbuka atas dakwaan pakaian seragam jururawat wanita tidak patuh syariah kerana terlalu ketat.

Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang gemar merendahkan martabat kerjaya seseorang, kerana sebelum ini, parti itu pernah menimbulkan persepsi negatif terhadap pakaian seragam pramugari. 

Menurut beliau, seharusnya isu berkenaan tidak timbul, apatah lagi Malaysia sedang mengalami masalah kekurangan jururawat yang berpotensi menjejaskan kecekapan sistem kesihatan negara. 

"Namun, jururawat kini terpaksa pula bersabar dengan pandangan sempit yang secara tidak langsung akan menjejaskan semangat mereka.

"Pesakit yang dimasukkan ke hospital hanya mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka. Tiada individu yang memerlukan rawatan di hospital akan memberi perhatian kepada pakaian seragam jururawat bertugas,” katanya. 

Tegas Wee Tse, pelbagai pihak khususnya pembangkang seharusnya menghargai pengorbanan dan usaha disumbangkan oleh jururawat dalam menyelamatkan nyawa, bukan membangkitkan isu remeh termasuk mempersoalkan pakaian seragam golongan berkenaan.

"Saya terkejut dengan kenyataan Ahli Parlimen PAS Kuantan Wan Razali di Parlimen berhubung kelucahan pemakaian jururawat. 

"Sehubungan itu, saya dengan ini menuntut Wan Razali supaya segera menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada lebih 115,000 jururawat Malaysia di luar sana,” katanya. 

Dalam pada itu, Wee Tse yang juga Ahli Parlimen Tebrau menyeru Wan Razali untuk menundukkan pandangan sekiranya tidak berpuas hati dengan pakaian seragam jururawat.

"Jika anda tidak boleh menerimanya, jangan pandang," katanya. 

Kelmarin ketika sesi perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor menyifatkan, kebanyakan jururawat wanita berpakaian ketat dan tidak mematuhi syariah.

Jelas Wan Razali, pihaknya turut meminta kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil contoh beberapa hospital lain yang memberi pilihan kepada kakitangan wanita mereka untuk mengenakan pakaian lebih sesuai.

"Sebagai contoh, Hospital USM Kubang Kerian dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah Kuantan yang membenarkan petugas wanita berpakaian longgar dan patuh syariah.

“Tahniah kepada kedua-dua hospital ini kerana memberi pilihan etika lebih baik buat pekerja wanita mereka,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

2

Politik 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Jururawat Maut Ditikam Suami - Polis

4

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Jariah Selepas Ajal, Organ Jururawat Beri Sinar Baharu Kepada Pesakit Kronik

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Semasa 21 jam yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Semasa 13 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran