web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jariah Selepas Ajal, Organ Jururawat Beri Sinar Baharu Kepada Pesakit Kronik

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2023 6:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiga pesakit kronik yang sedang bertarung nyawa di Sabah, beroleh sinar baharu apabila berpeluang menjalani pembedahan pemindahan organ, sumbangan seorang jururawat berhati mulia. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr Asits Sanna berkata, tiga pesakit berkenaan masing-masing mengalami kegagalan buah pinggang dan hati. 

Menurut beliau, ini adalah kali pertama pendermaan pelbagai organ dan tisu dilaksanakan di Sabah.

“Pendermaan kali ini melibatkan seorang wanita tempatan berusia 59 tahun, Allahyarham Sulimah Gilong (1964 - 2023) yang disahkan kematian otak.  

“Allahyarham merupakan seorang Penyelia Jururawat yang telah berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan (KKM) selama 34 tahun iaitu sejak 1989,” katanya.

Dr Asits berkata, Sulimah kali akhir bertugas di Wad Perubatan Am 4 dan Wad Respiratori, Hospital Queen Elizabeth.

Dr Asits Sanna - gambar Facebook
Dr Asits Sanna - gambar Facebook

Allahyarham katanya, adalah jururawat yang sangat disenangi rakan sekerja dan prihatin terhadap keperluan pesakit, malah amat berdedikasi dalam menjalankan tugas.

“Pengorbanan dan jasa Allahyarham mendermakan organ dan tisu miliknya juga telah berjaya membantu dua pesakit lain memulihkan penglihatan mereka.

“Organ dan tisu yang didermakan Sulimah termasuklah masing-masing sepasang buah pinggang dan kornea, serta hati,” katanya.

Berdaftar sebagai pengikrar penderma organ sejak 2015, hasrat murni Allahyarham untuk mendermakan organ selepas kematiannya itu hanya dilakukan selepas hospital menerima persetujuan bertulis daripada warisnya.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli keluarga yang telah menunaikan hasrat beliau serta anugerah kehidupan yang diberikan. 

“Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga di atas pemergian dan semoga keluarga arwah diberikan kekuatan untuk menghadapi kehilangannya,” katanya.

Jelas Dr Asits, seluruh warga kesihatan Sabah mendoakan agar segala amal ibadah Sulimah diterima dan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menyeru orang ramai supaya menjadikan Sulimah Gilong sebagai inspirasi dan teladan, seorang jururawat yang menabur khidmat bakti semasa hayatnya dan terus berbudi setelah pemergiannya,” katanya. - Getaran, 15 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara