web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jururawat Maut Ditikam Suami - Polis

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 5:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ARAU - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di kediaman pasangan itu di Jalan Padang Nyu, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata mayat wanita itu ditemukan di bilik tidur kediaman berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan ditutupi dengan selimut tebal, selepas suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis pada kira-kira pukul 10 pagi. 

Beliau berkata wanita berumur 31 tahun yang bekerja sebagai jururawat itu dipercayai ditikam dengan sebilah pisau pada bahagian dada kiri dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, dengan tikaman sedalam kira-kira dua sentimeter dikesan pada dirinya.

“Suspek yang merupakan seorang pesara tentera berumur 38 tahun dipercayai bergaduh dengan isterinya akibat cemburu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Katanya pasangan itu meninggalkan dua anak lelaki, masing-masing berusia lapan dan 10 tahun.

Ahmad Mohsin berkata polis turut menemukan sebilah pisau yang disimpan dalam sebuah beg di dapur rumah itu yang dipercayai digunakan dalam kejadian, dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital  Sultanah Bahiyah Hospital, Alor Setar untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasar Malam Perlis Tutup Sementara Ketika Maghrib, Mula 15 September - Exco

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka