web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Almari Kapsul Beri Peluang Muslimah Dapatkan Koleksi Fesyen Bawah RM40

‘Almari Kapsul’ Fesyen Muslimah diperibadikan untuk Gaya ‘Modest to Modern’

Gaya Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2024 8:11AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform beli-belah, Shopee telah bekerjasama dengan pelbagai peniaga kecil dan sederhana (SME) fesyen Muslimah untuk mencipta koleksi ‘almari kapsul’ atau “Shopeehaul" yang diperibadikan menjelang Jun 2024.

Inisiatif ini diperkenalkan dalam usaha untuk menyokong penjual tempatan sambil meningkatkan keyakinan wanita seluruh negara. Kempen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul baharu ini menawarkan pelbagai item fesyen berharga di bawah RM40 buat semua wanita dari apa jua latar belakang. 

Setiap kali anda menyelongkar ‘almari’ ini, ada banyak penemuan yang pasti menggembirakan. Ada blaus, kemeja T, skirt, aksesori, beg tangan dan tudung gaya terkini. Terdapat tiga kategori yang dipersembahkan iaitu ‘Anggun Bergaya’, ‘Everyday Cantik’, dan ‘Sis Cantik’.

Untuk kempen kali ini, Shopee telah bekerjasama dengan sembilan jenama atau label fesyen yang terdiri daripada M2Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store.

Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit berkata, penjual seperti Panda Eyes, Lovito, dan Zoe Arissa akan berstrim langsung dengan aktif di Shopee Live untuk menyampaikan informasi tentang cara bergaya, kesepadanan produk, dan mempertontonkan pelbagai jenis produk mereka secara 360 darjah kepada penonton seluruh negara agar mereka dapat memperoleh informasi sepenuhnya untuk membeli-belah dalam talian.

"Dalam bekerjasama dengan  M2Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store, kami telah menyusun koleksi di mana wanita boleh mencipta pelbagai gaya dengan hanya beberapa helaian pakaian.

“Pakaian sopan kami boleh dilapiskan dengan pakaian ‘outerwear’ dan aksesori, di mana wanita boleh menzahirkan gaya individualiti mereka untuk gaya harian yang selesa dan bergaya,” katanya.

Sesuai untuk seluruh wanita tidak kira tona kulit dan saiz, koleksi GayaLitLit #ShopeeHaul yang inklusif termasuk pakaian asasi boleh digayakan kepada tiga gaya utama yang popular pada musim ini, menurut penggaya fesyen Shopee. 

Gaya menonjol ‘Sis Ranggi’ boleh dicapai dengan tudung turban bersama seluar atau skirt smart kasual dan jaket. Gaya konservatif chic ‘Everyday Cantik’ boleh dicipta dengan kemeja butang bersama seluar yang boleh digayakan untuk pergi bekerja atau makan-makan di hujung minggu manakala gaya elegan ‘Anggun Bergaya’ boleh diterjemahkan dengan dress maxi bersama selendang. 

Menurut kajian yang dijalankan terhadap pembeli fesyen Muslimah berumur 35 ke 44 tahun di platform Shopee, tujuh daripada 10 Muslimah yang tinggal di kawasan luar bandar mengutamakan keselesaan. 

Apabila ditanya bagaimana mereka memilih pakaian, separuh daripada mereka menambah bakul pembelian dengan pakaian yang memberi keselesaan. Dua pertiga yang ditinjau pula mencari pakaian baharu yang bersesuaian dengan majlis, atau untuk menggantikan pakaian yang telah lusuh.

Sepanjang tahun lalu, Shopee telah memperkuatkan infrastruktur kualiti perkhidmatan platform bagi memenuhi kehendak penting pembeli fesyen Muslimah yang mahu membeli-belah tanpa ragu-ragu. 

Pelancaran program ‘Jaminan Tepat Waktu Shopee’ menawarkan pilihan penghantaran fleksibel seperti penghantaran hari esok, penghantaran segera, dan pengambilan sendiri di pusat pengambilan sendiri (self-collection point) Shopee buat rakyat Malaysia. 

Shopee turut mengembangkan program pemulangan semula dengan pengenalan 15 Hari Pemulangan Percuma - Tanpa Soal* di mana pemulangan barangan yang layak dari seluruh kategori produk juga disebabkan ubah fikiran terhadap diterima sepanjang 15 Hari Jaminan Shopee. 

Satu lagi program yang harus pembeli perhatikan ialah saluran rasmi Shopee, ShopeeMamak membawakan tips inspirasi bergaya setiap hari di Shopee Live dari 31 Mei ke 6 Jun 2024 kepada wanita Muslimah seluruh negara. 

Selain dapat belajar tips bergaya dari selebriti dan pempengaruh seperti Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, dan Bella Astillah, penonton juga boleh menyertai permainan fesyen untuk berpeluang menang RM3000 tunai. 

Koleksi #ShopeeHaul boleh didapati di Shopee, dengan harga dari RM1 hingga RM40. Koleksi #ShopeeHaul adalah yang pertama kali dijalankan buat fesyen Muslimah di Malaysia, menunjukkan komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran buat SME dan menambahbaik pilihan produk buat pembeli menggunakan teknologi. - Getaran, 5 Jun 2024

Foto : Shopee

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Jalan TAR Jadi Tumpuan Orang Ramai Membeli-Belah Saat Akhir Menjelang Aidilfitri

2

Gaya 6 bulan yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

3

TARA 11 bulan yang lalu

Pusat Pengagihan DDR SPX Express, ‘Point’ Penting Sebelum Barang Shopee Anda Diterima

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia