web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Finalis Dewi Remaja, Adriana Ghafar Lancarkan Koleksi Puisi

Koleksi berjudul ‘Everything In Between’ ini turut menyaksikannya berkerjasama dengan Women Of Will

Gaya Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2024 8:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Naib juara pencarian Dewi Remaja 2019, Adriana Ghafar melancarkan koleksi puisi sulungnya berjudul ‘Everything In Between’, bertempat di The Grey Box, Kuala Lumpur pada Sabtu. 

“Puisi bukanlah milik golongan elit atau ahli akademik. Ia boleh dinikmati oleh semua orang.,Puisi yang saya hasilkan adalah karya yang dekat dengan semua lapisan masyarakat, berupaya menyentuh hati, dan mengingatkan mereka bahawa kisah mereka adalah bermakna dan emosi di sebaliknya perlu dikongsi,” ulas Adriana. 

‘Everything In Between’, sebuah gabungan puisi bahasa Melayu dan Inggeris yang digarap dalam tempoh 12 tahun, menyelitkan tema sejagat cinta, keluarga, penolakan, dan kecekalan. 

Karya ini mengandungi mesej khusus untuk golongan wanita dan anak muda yang mencari ketenangan jiwa, inspirasi, dan kekuatan dalam mendepani cabaran hidup. Sebagai pejuang tegar hak-hak wanita, puisi-puisi Adriana juga mengangkat tema kesaksamaan gender dan pendayaupayaan wanita. 

Mengulas lanjut, Adriana memberitahu koleksi ini mencerminkan perjalanan hidup dan berharap ia boleh menjadi inspirasi kepada orang lain.

“Sejak dahulu lagi saya sentiasa yakin dengan kuasa perkataan untuk menyembuh, menginspirasi dan menyatukan kita. Koleksi ini mencerminkan perjalanan peribadi hidup saya yang bukannya indah dan bahagia sepanjang masa, tetapi juga dipenuhi liku-liku dan cabaran.

“Saya terharu dengan sambutan positif yang diberikan dan berharap puisi saya diterima pembaca sekali gus menggalakkan mereka untuk mencari hikmah yang tersirat dalam pengalaman hidup mereka sendiri,” ujar Adriana.  

Kerjasama Dengan Women Of Will

Satu perkara penting yang mencuri perhatian ramai pada acara itu ialah kerjasama Adriana dengan Women Of Will (WOW), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan berasaskan keuntungan yang melaksanakan inisiatif pemerkasaan usahawan wanita dalam komuniti berpendapatan rendah. 

Adriana memberikan sumbangan awal sebanyak RM10,000 kepada WOW sebagai tanda komitmennya dalam kerjasama tersebut.

“Saya berharap buku saya menyalakan semangat orang ramai terutamanya dalam kalangan golongan terpinggir, untuk menjadikan puisi sebagai wadah penzahiran diri, mencari suara mereka, memperkasakan diri dan berkongsi pengalaman.

“Kerjasama dengan WOW adalah dekat di hati saya kerana ia sejajar dengan misi saya untuk mendaya upaya dan menyemarakkan semangat wanita melalui puisi, memberikan sokongan yang mereka perlukan untuk menceritakan kisah mereka dan mencipta perubahan yang memberi impak kepada komuniti,” tambah Adriana. 

‘Everything In Between’ ditawarkan dalam tiga kulit buku edisi terhad pada harga RM48 dan boleh dibeli menerusi laman web rasmi https://adthebuku.com/ - Getaran, 17 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 minggu yang lalu

HABIB Gemfest 2024 Raikan Permata Alam Yang Mempesona

2

Gaya 4 minggu yang lalu

Trove, The Exchange TRX Untuk Kembara Deria Serba Mewah

3

Gaya 1 bulan yang lalu

ZCOVA Pilih IOI City Mall, Putrajaya Sebagai Lokasi Pertama Stor Fizikal 

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Dapatkan Rambut Sihat Bersinar Dengan Koleksi Penjagaan Rambut Premium Jepun 

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

5 Makanan Indonesia Yang Selalu Dirindui Dan Mesti Cuba

oleh Rahayu MN