Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Jelajah Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 5:09PM

Ahmad Mohd Isa, 36, isterinya Noradilah Mohd Sapie, 37, dan seorang kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) Abdul Halim Talha, 57, tiba di Madinah selepas melalui 12,000 kilometer perjalanan dari Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas 150 hari melakukan pengembaraan berbasikal dari Kuala Lumpur, tiga rakyat Malaysia termasuk pasangan suami isteri berjaya tiba di Madinah, Arab Saudi pada Jumaat lepas (19 April) dalam misi menunaikan rukun Islam kelima, ibadat haji.

Ketiga-tiga mereka ialah Ahmad Mohd Isa, 36, isterinya Noradilah Mohd Sapie, 37, dan seorang kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) Abdul Halim Talha, 57, tiba di destinasi selepas menempuh perjalanan sejauh 12,000 kilometer (km). 

Ahmad berkata, kayuhan kali ini lebih singkat berbanding kayuhan sama sembilan tahun lepas kerana matlamat utama ialah melakukan haji selain separuh perjalanan pula terpaksa menggunakan kenderaan seperti kereta api, kapal terbang, feri dan kereta atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

"Pada 2016, saya dan isteri ketika itu baru lepas berkahwin dan pengembaraan berbasikal lebih kepada berbulan madu dengan membabitkan 14 negara yang mengambil masa setahun tiga bulan untuk sampai ke Makkah sebelum menunaikan ibadat umrah.

"Tapi pengembaraan kali ini lebih berfokus iaitu menunaikan haji yang membabitkan laluan tujuh negara dengan lima bulan sahaja masa yang diambil untuk sampai di sini (Madinah)," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini. 

Mereka melalui Thailand sebelum mengambil penerbangan ke India dan menyambung kayuhan ke Pakistan dan Iran dan kemudian menaiki feri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan terus berkayuh ke Arab Saudi.

Bercerita lanjut, Ahmad berkata seorang lagi rakannya yang juga bekas wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Che Saad Nordin, 74, yang berbasikal bersama pada peringkat awal, tidak dapat meneruskan kembara kerana faktor kesihatan dan cuaca sejuk ketika tiba di Pakistan sekitar Januari lepas.

Menurutnya, walaupun berpengalaman  berbasikal menjelajahi Malaysia sebanyak 22 kali, namun faktor geografi pergunungan dan cuaca sejuk menjejaskan kesihatan Che Saad.

"Ketika memasuki Pakistan, cuaca sejuk dengan suhu di bawah 10 darjah Celsius menyebabkan kesihatan Pak Ad (Che Saad) merosot dengan batuk berpanjangan, hilang selera makan, jadi menjadi halangan kepadanya untuk berkayuh (basikal) dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

"Selepas perbincangan bersama dan mendengar nasihat doktor supaya tidak meneruskan kayuhan basikal, Pak Ad bersetuju mengambil tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Alhamdullilah, selepas tiba di tanah air dan mendapat rawatan susulan, kesihatannya kini bertambah baik," katanya. 

Sementara itu, mereka turut menghasilkan poskad berilhamkan setiap negara yang dijelajahi bagi menampung kos haji dan menurut Ahmad, sehingga kini sebanyak 1,558 keping berjaya dijual dengan nilai lebih RM141,000.

"Ada beberapa pilihan yang ada dalam usaha kami untuk menunaikan haji ini dan antaranya melalui visa mujamalah dari Kedutaan Arab Saudi yang diberikan kepada agensi atau pengelola haji terpilih dari Malaysia," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Pasar Besties Bazaar Memupuk Kebahagiaan, Tangani Masalah Kesihatan Mental

oleh Rahayu MN