web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dubai Buat Si Pertama Kali, Tarikan Anda Patut Pergi

Di sebalik kemodenan yang kemewahan luar biasa, Dubai masih punya punya pesona warisan seni budaya yang memikat jiwa

Jelajah Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 6:14PM

Old Dubai

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak seperti negara-negara Asia Barat atau Timur tengah yang lain, Dubai punya pesona tersendiri. Terkenal dengan kemewahan dan bangunan-bangunan pencakar langit yang hebat, Dubai bolehlah disifatkan sebagai medan magnet yang menarik pengembara dari seluruh dunia. 

Peluang menjejakkan kaki ke sini pada April lalu membuka mata penulis tentang sisi lain kota yang membentuk Emeriah Arab Bersatu (UAE) ini. Persepsi penulis yang berpendapat kota ini serba mahal sememangnya tidak salah. Namun, Dubai masih punya punya pesona warisan seni budaya yang memikat jiwa. 

Jadi, jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke Dubai, dan ingin melawat kota ini pada masa hadapan, penulis sangat mengesyorkan supaya anda meneroka bahagian kota lama Dubai. Di sinilah terletaknya pasar tradisional, makanan asli dan pengalaman kebudayaan yang mewakili penduduk asal Dubai. 

Deira, Umm Hurair, Bur Dubai dan Karama merupakan bahagian yang seronok untuk merakam warisan sejarah. Jangan lepaskan peluang menyusuri Sungai Dubai dengan bot tradisional yang dikenali sebagai dhow dengan harga serendah AED1. 

Satu kejiranan yang berbaloi untuk diterokai ialah kejiranan bersejarah Al Fahidi. Lorong-lorong di kejiranan ini dipenuhi dengan galeri seni, kedai-kedai kecil dan juga muzium. 

Namun, anda perlu tahu, meskipun berada di dalam bangunan-bangunan lama, muzium di sini adalah moden dan jauh dari kata membosankan.

Berikut adalah tarikan lain yang boleh disenaraikan dalam ‘to do list’ anda untuk lawatan kali pertama:

1. Burj Khalifa

Bangunan ikonik Burj Khalifa adalah persinggahan wajib. Sebagai bangunan tertinggi di dunia ia menawarkan panorama 360 darjah latar langit Dubai, padang pasir dan Teluk Parsi. Bahkan, ia juga mewakili hati dan jiwa konseptual bandar Dubai.

Pada ketinggian 828m, struktur tersergam indah ini terletak bersebelahan dengan Dubai Mall dan telah menarik pengunjung dari seluruh dunia sejak dibuka pada tahun 2010. 

Pemandangan Burj Khalifa yang mengagumkan bukan hanya boleh dilihat dari satu dek, tetapi tiga dek pemerhatian iaitu di tingkat 124 dan 125, dan dek pemerhatian tertinggi di dunia (555m) di tingkat 148.

2. Dubai Frame

Jika anda mengikuti trip bas Hop On, Hop Off di kota ini, pandangan mata pasti tertarik ke struktur Dubai Frame yang luar biasa. Dibina seluas 150 meter dan tinggi 93 meter, stuktur menyerupai bingkai gambar yang besar ini memberi peluang pengunjung untuk melihat sejarah bandar raya itu, mewakili Dubai moden seperti Emirates Towers dan Burj Khalifa.

Selain itu, pelawat boleh melihat bahagian kota lama seperti Deira, Umm Harare dan Karama. Caj masuk ke sini hanya AED53 untuk dewasa. Jika beli Dubai Pass, anda boleh masuk ke tarikan ini secara percuma.

3. Museum Of The Future

Satu-satunya bangunan di dunia yang mempunyai permukaan yang diliputi sepenuhnya seni kaligrafi. Mula dibuka pada 2022, tarikan ini wajib dikunjungi kerana ia adalah mercu tanda dan ruangan yang menempatkan sejumlah idea dan prototaip futuristik. 

Museum of The Future
Museum of The Future

Bahkan, ia turut dilengkapi dengan struktur binaan setinggi tujuh tingkat dan dibina tanpa sebarang tiang. Bangunan setinggi 77 meter itu diliputi besi tahan karat yang diukir dengan penulisan kaligrafi berkeluasan 14,000 meter persegi hasil karya Mattar bin Lahej.

Ini menjadikannya satu-satunya bangunan di dunia yang mempunyai permukaan yang diliputi sepenuhnya dalam seni kaligrafi.

4. Gurun Safari

Apalah ertinya ke Dubai jika kaki tidak dibawa melangkah ke gurun safari. Percayalah pengalaman meredah gurun pasir dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4x4) pasti mengagumkan dan memicu adrenalin. 

Apabila tiba di kem gurun safari, boleh cuba pelbagai aktiviti menaiki seperti menaiki unta, melukis inai dan menikmati hiburan malam seperti tarian Tanoura, belly dancing dan juga persembahan api yang mendebarkan.   

Terbang Bersama flydubai

Salah satu syarikat penerbangan yang membawa penumpang Malaysia ke Dubai, ialah flydubai yang baru sahaja memulakan operasinya di negara ini pada Februari  lalu. 

Berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, flydubai merupakan satu-satunya penerbangan berpusat di Dubai yang menawarkan penerbangan terus dari Dubai ke Langkawi dan Pulau Pinang.  

Mungkin ada yang tertanya, mengapa perlu terbang dengan flydubai sedangkan penerbangan ini bermula dari dua negeri di utara? Jawapannya mudah, ini kerana flydubai menawarkan beberapa jenis tiket penerbangan yang harga tambangnya cukup kompetitif.  

Harga tambang tiket ekonomi contohnya membolehkan penumpang mendapat elaun beg seberat tujuh kilogram (kg) yang boleh dibawa naik ke pesawat dan juga bagasi seberat 30kg untuk didaftar masuk. Manakala, makanan boleh dibeli mengikut pilihan penumpang. 

Kelas Perniagaan dalam pesawat flydubai
Kelas Perniagaan dalam pesawat flydubai

Namun jika anda punya wang dan mahukan pengalaman penerbangan yang selesa dengan layanan ekstra, ambillah tiket kelas perniagaan flydubai yang harganya kurang daripada RM9,000. 

Walaupun flydubai bukanlah berada di posisi yang sama seperti Qatar dan Etihad, namun kelas perniagaan mereka menawarkan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan terbaik sepanjang proses penerbangan. 

Terdapat kaunter daftar masuk khas untuk penumpang kelas perniagaan, jadi anda tidak perlu beratur panjang. Elaun bagasi pula sebanyak 40 kilogram untuk yang didaftar masuk dan 14 kg lagi boleh dibawa naik bersama. 

Paling seronok, penumpang boleh menghabiskan waktu di ‘lounge VIP’ lapangan terbang sementara menunggu pesawat.

Sedikit tentang tempat yang menanti di dalam pesawat, percayalah tubuh badan yang penat akan terbenam selesa sebaik sahaja melabuhkan punggung. Boleh baringkan tempat duduk menjadi katil untuk melelapkan mata. 

Untuk melayan perut yang lapar, anda boleh pesan apa sahaja hidangan yang tersedia di dalam menu. Tiada had untuk penumpang kelas perniagaan. Bahkan, semua pilihan makanan adalah halal.

Makanan untuk penumpang kelas perniagaan flydubai
Makanan untuk penumpang kelas perniagaan flydubai

Boleh layari laman sesawang https://www.flydubai.com/en/ untuk maklumat lanjut tentang harga dan lain-lain destinasi. 

Foto : Rahayu MN (tarikan), & flydubai

Berita Berkaitan

1

Jelajah 17 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

6 Sebab Arab Saudi Adalah Destinasi Percutian Mewah Dan Riadah Hebat Untuk Wanita 

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

Keseronokan Berterusan Di Taman Tema Air LEGOLAND® Malaysia Resort! 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 17 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN