web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berbakti Pada Haiwan, 2 Aktivis Santuni Kucing Dan Anjing Liar

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 8:24AM

Aktiviti memberi makanan kepada haiwan tersebut diteruskan semasa musim perayaan kerana kebanyakan kedai akan ditutup menyebabkan haiwan berkenaan kelaparan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tidak ada alasan untuk berlaku zalim sesama makhluk, walau ke atas haiwan yang tidak berakal dan hakikat ini barangkali adalah pemangkin untuk seorang wanita separuh usia gigih menabur bakti, memberi makan kucing dan anjing terbiar di sini.

Ramlah Darus, 58, bukan seorang jutawan namun kekayaan hati dimiliki mungkin jauh mengatasi harta duniawi dimiliki sesiapa pun, apabila sejak tiga tahun lalu tidak pernah culas membantu kesemua haiwan jalanan berkenaan.

Walaupun tidak memiliki lesen kereta dan hanya bermotosikal ke sana ke mari, Ramlah tetap gigih memberi makan kucing dan anjing terbiar di Pasar Tanjung Rambutan dan sekitar Tambun di sini.

Isteri seorang anggota polis itu berkata, aktiviti berkenaan dilakukan bersama suami dan masih diteruskan walaupun pada bulan Ramadan.

Katanya, kecintaan terhadap haiwan membuatkan dia tidak bosan untuk terus membantu haiwan liar ini mendapatkan sumber makanan yang bersih dan berkhasiat.

“Saya akan memberi pelbagai jenis makanan antaranya ikan yang disiang kepada haiwan-haiwan ini dan setiap kali menjalankan aktiviti ini saya rasa amat gembira.

“Mungkin sebab rasa cinta terhadap haiwan membuatkan saya tidak pernah berasa bosan atau jemu untuk memberikan makanan kepada mereka,” katanya kepada Getaran.

Suri rumah itu memberi jaminan, aktiviti terbabit akan diteruskan khususnya ketika cuti umum atau musim perayaan, yang menyaksikan haiwan berkenaan sering kelaparan apabila sejumlah besar kedai ditutup kerana bercuti.

“Semasa musim perayaan, kucing dan anjing ini sukar mendapatkan makanan kerana kebanyakan kedai atau pasar di kawasan sekitar akan ditutup.

“Atas faktor ini, setiap kali menjelang musim cuti saya pastikan akan membuat stok makanan mencukupi bagi memastikan semua haiwan terbabit tidak keputusan bekalan, dan memastikan ia diletakkan di setiap lokasi utama,” katanya.

Seorang lagi aktivis haiwan, Nazirah Abd Rahman, 44 berkata, kesibukan melayan tetamu dan ahli keluarga tidak menghalangnya daripada membahagikan masa untuk memberi makan semua haiwan itu.

Menjadikan kawasan Bukit Merah dan Menggelembu sebagai lokasi utama, Nazirah tidak kisah berulang alik dari rumahnya yang terletak di Batu Gajah untuk tujuan tersebut.

“Saya mempunyai banyak kucing di rumah dan setiap kali memberikan makan kepada haiwan ini, saya berasa sangat seronok.

“Saya akan membeli ayam goreng atau ikan untuk diberikan kepada mereka dan Alhamdulillah, rezeki saya makin bertambah dan tidak pernah putus,” kata perunding kecantikan itu. - Getaran, 2 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

4

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR