Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Tahun Terpisah, Akmal Hadi Gembira Bertemu 'Puteri' Panda Jagaannya Di China

Kisah Kita Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2024 8:19AM

Nuan Nuan, anak pertama pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang. gambar FB Akmal Hadi Samsuddin Hadi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penuh kegembiraan, selepas tujuh tahun terpisah, penjaga panda Malaysia, Akmal Hadi Samsuddin berpeluang bertemu kembali Nuan Nuan, anak panda betina yang diasuhnya di Malaysia sebelum ia dihantar pulang ke China pada November 2017.

Sanggup menempuh perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Tasik Ziqing, Zoo Hidupan Liar, di Nanjing, provinsi Jiangsu, China, pada 25 April, untuk bertemu Nuan Nuan yang ditempatkan di situ.

Nuan Nuan, anak pertama pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, yang tiba di Malaysia pada 2014, membesar di bawah jagaan Akmal di Zoo Negara.

Nuan Nuan mempunyai tempat yang istimewa di hati Akmal dan digelar sebagai 'puteri' beliau.

Nuan Nuan, anak pertama pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang.
Nuan Nuan, anak pertama pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang.

Semasa perjumpaan itu, Akmal sangat gembira sambil merakamkan gambar dan video puterinya, malah turut membawa anak patung panda kegemaran Nuan Nuan memori yang menyentuh hati mengenai ikatan istimewa mereka.

Video dan foto pertemuan mereka di zoo itu, membanjiri media sosial.

Akmal juga mengembara ke barat laut Chengdu, ke Taman Panda Gergasi China di Wolong, provinsi Sichuan, yang juga dikenali sebagai pangkalan panda gergasi Shenshuping, untuk melawat satu lagi 'puteri' - Sheng Yi pada 27 April.

Sheng Yi, yang dilahirkan pada 31 Mei 2021, manakala kakak sulungnya Yi Yi, yang lahir pada 14 Januari 2018, kembali ke China pada Ogos tahun lalu.

Akmal tidak dapat bertemu Yi Yi kerana panda itu belum boleh menyertai pameran awam sejak kepulangannya.

Walaupun gagal bertemu puterinya, Akmal teruja untuk kembali semula menyaksikan sendiri Yi Yi di hadapan matanya.

Akmal dalam hantaran di Facebook berkata, beliau bersyukur dapat bertemu kembali anak-anak panda kesayangannya.

"Sesungguhnya saya sangat rasa bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki di negara Tembok Besar untuk berjumpa dan menghilangkan rasa rindu kepada anak-anak panda kesayangan saya.

"Bukanlah harapan saya ke sini untuk Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi mengingati saya sebagai penjaga mereka sejak lahir dan datang kepada saya apabila dipanggil. 

"Walaupun saya tahu dari pandangan mata mereka kami tetap satu keluarga.

"Memadailah sekadar saya dapat melihat keadaan terkini mereka yang sangat baik serta mereka ditempatkan di kawasan yang sangat selesa serta mendapat jagaan yang baik serta sempurna daripada penjaga-penjaga yang menyayangi mereka seperti mana kami menyayangi Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.

"Besar harapan yang saya bawa dari Malaysia ke China untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kami penjaga-penjaga panda Malaysia dan penjaga-penjaga panda China yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.

"Terima kasih tidak terhingga kepada semua peminat-peminat panda yang sangat baik hati menyantuni kami sepanjang keberadaan kami di China," katanya.

Semasa di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Wolong, Akmal juga bertemu dengan penjaga panda di sana dan berbincang mengenai rutin harian Sheng Yi. - BERNAMA

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik