web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Simpati Dengan Mangsa, Ronaldo Arah Hotel Miliknya Jadi Pusat Perlindungan 

Luar Negara Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 1:10PM

Hotel Pestana CR7 Marrakech milik Cristiano Ronaldo. gambar laman web Marca.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cristiano Ronaldo sememangnya terkenal dengan sikap dan peribadi mulia.

Sensasi bola sepak dunia itu diketahui ramai kerap tampil melakukan pelbagai aktiviti kebajikan dan kerja amal, termasuk yang tidak diketahui ramai.

Keluhuran hatinya sering menerima liputan meluas media, menjadikan Ronaldo antara pemain bola sepak dunia yang paling diminati. 

Terbaru, media Sepanyol, Marca melaporkan, bintang tampan tersebut mengarahkan supaya hotel miliknya di Maghribi, The Pestana CR7 Marrakesh digunakan sebagai pusat perlindungan bagi mangsa gempa bumi.

Maklumat tersebut yang dikongsi oleh akaun @Alhamdhulillaah di X menerima reaksi positif netizen, dengan majoriti mendoakan supaya Ronaldo diberi hidayah untuk memeluk agama Islam.

Asmaa menerusi akaun @ALadyInKuwait berkata, kebajikan dilakukan Ronaldo menjadi contoh kepada orang lain.

“Individu mulia yang melakukan kebajikan di waktu sukar, menjadi contoh yang amat bermakna walaupun pada masa sama, ada pihak lain turut sama membantu,” katanya. 

Pendapat senada dizahirkan Anindita di akaun @hatefreeworldX.

“Semoga Allah memandu beliau untuk terus kekal berhati mulia,” katanya.

Menurut kemas kini terbaharu yang dikeluarkan Agensi Anadolu memetik Kementerian Dalam Negeri kerajaan Maghribi, sekurang-kurangnya 2,012 orang telah terbunuh dan 2,059 cedera akibat gempa bumi kuat tersebut.

Bilangan yang tercedera adalah termasuk 1,404 kes kritikal.

Kematian akibat gegaran berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di pelbagai kawasan termasuk Taroudant, Chichaoua, Tiznit, Marrakech, Azilal, Agadir, Casablanca dan Youssoufia. - Getaran, 10 September 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Cristiano Ronaldo Nyaris Terkena 'Flying Kick'

2

Jelajah 5 hari yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Cristiano Ronaldo Disiasat Susulan Isyarat Kurang Sopan

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 16 jam yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 7 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM 

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri