web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serangan Israel: Kakitangan Tempatan, 3 Sukarelawan Hospital Indonesia Di Gaza Selamat

Luar Negara Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 9:22PM

Serangan oleh rejim Zionis di Palestin turut berlaku ke atas hospital - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Seorang kakitangan tempatan Hospital Indonesia di Gaza serta tiga sukarelawan Indonesia dilaporkan selamat dan berada dalam keadaan baik, menurut Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C).

Pertubuhan kemanusiaan dan kecemasan perubatan Indonesia itu dalam satu kenyataan berkata kakitangan berkenaan telah menghubungi dan mengesahkan keadaan mereka melalui sistem pesanan ringkas pada pukul 10 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) pada Ahad.

Mesej kakitangan itu menyatakan, "Kami dalam keadaan baik, termasuk sukarelawan Fikri, Reza dan Farid. Kesemua mereka sihat, jadi tidak perlu risau. Alhamdulillah, hospital dalam keadaan baik dan kami masih mempunyai bekalan makanan yang mencukupi."

Komunikasi antara pertubuhan itu dan pasukannya terputus selama lebih 40 jam sejak  2 petang WIB pada Jumaat selepas Israel menghentikan perkhidmatan telekomunikasi.

Walaupun mereka kini boleh menggunakan sistem pesanan ringkas untuk berkomunikasi, MER-C menjelaskan bahawa panggilan telefon masih belum berfungsi mengakibatkan maklumat yang diperolehi agak terhad.

MER-C berkata maklumat yang tersedia mendedahkan kerosakan di dalam hospital, termasuk siling runtuh, bekalan elektrik terputus dan kerosakan laluan di luar yang disebabkan oleh serangan di kawasan sekitar.

Serangan udara Israel ke atas hospital yang dikendalikan oleh Indonesia pada 8 Okt menyebabkan kematian tragis seorang sukarelawan Palestin bernama Abu Romzi, yang telah bertugas di kemudahan itu sejak 2011. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia