web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perhimpunan Agung PBB Lulus Draf Resolusi Tuntut Gencatan Senjata Kemanusiaan Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Dec 2023 8:35AM

gambar FB PBB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai draf resolusi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).

Resolusi tidak mengikat itu dibentangkan oleh Mesir dengan 153 undi menyokong  pada Perhimpunan Agung 193 anggota yang berhimpun bagi sesi khas tergempar mengenai Palestin.

Sepuluh negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), Israel dan Austria mengundi menentang resolusi itu, manakala 23 negara termasuk United Kingdom (UK), Jerman, Itali dan Ukraine berkecuali.

Di samping menuntut gencatan senjata, resolusi itu menyuarakan kebimbangan terhadap 'situasi kemanusiaan' di Semenanjung Gaza dan penderitaan orang awam di Palestin.

Resolusi itu turut menekankan bahawa penduduk awam Palestin dan Israel 'mesti dilindungi' berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa sambil menuntut semua pihak untuk mematuhi kewajipan mereka, terutamanya mengenai perlindungan orang awam.

Draf resolusi itu juga menuntut 'pembebasan segera dan tanpa syarat' semua tebusan serta memastikan akses kemanusiaan.

Pada Oktober, Perhimpunan Agung mengundi menyokong draf resolusi yang menyeru 'gencatan senjata kemanusiaan segera dan berterusan yang membawa kepada menghentikan permusuhan' dengan 121 negara menyokong manakala 14 negara menentang -- termasuk AS dan 44 berkecuali. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

2

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka