web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hubungan Iran-Malaysia Akan Terus Tingkatkan Ikatan Budaya

Luar Negara Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 12:22PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ikatan kukuh dan unik antara Iran dan Malaysia yang berakar umbi dalam kebudayaan dan ketamadunan telah berkembang sejak empat dekad lalu, menurut Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi.

Oleh itu, beliau berharap hubungan dua hala itu dapat diperkukuhkan lagi bagi meliputi bidang ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi.

"Iran di Asia Barat, dengan kapasiti yang pelbagai telah menjadi rakan rapat dan rakan perdagangan negara di Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia.

"Kedua-dua negara yang telah bekerjasama secara aktif dalam platform antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Membangun-8 (D8) dan akan terus mengukuhkan hubungan berdasarkan objektif bersama serta bekerjasama di peringkat global," katanya kepada BERNAMA baru-baru ini.

Mengenai hubungan dua hala, Mohammadi Nasrabadi berkata kedua-dua negara kekal komited untuk terus menjayakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) dan Suruhanjaya Ekonomi Bersama (JEC) bagi memperhalusi skop kerjasama yang berpotensi.

"Tahun ini, kami meneroka kemungkinan lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara untuk meluaskan lagi hubungan dua hala merentasi pelbagai sektor, termasuk perdagangan dan pelaburan, pelancongan dan budaya serta maklumat dan teknologi," katanya.

Nilai dagangan antara Malaysia dan Iran mencecah AS$845.8 juta (RM4 bilion) pada 2023.

Pada ulang tahun ke-45 Hari Kebangsaan Iran pada 11 Feb, beliau berkata revolusi negara itu telah melakar pencapaian penting diperingkat rasmi dan diplomatik.

Sehingga tahun lepas, beliau berkata, landskap pendidikan telah mengalami transformasi luar biasa, dengan peningkatan yang menakjubkan jumlah universiti dan pusat penyelidikan kepada 2,569.

"Peluasan ini bertepatan dengan lonjakan kemasukan pelajar yang meningkat daripada 175,000 kepada lebih empat juta pelajar di seluruh negara, selain pembukaan taman saintifik di seluruh Iran bagi memacu kemajuan teknologi negara itu," katanya.

Mohammadi Nasrabadi berkata, perwakilan wanita dalam kalangan ahli fakulti universiti juga melonjak sebanyak 33.3 peratus, dengan peningkatan paling ketara sebanyak 34 peratus di universiti sains perubatan.

"Malah mereka memegang jawatan berpangkat tinggi dalam parlimen, kerajaan dan presiden universiti dan pusat penyelidikan sekali gus menekankan mengenai pengaruh dan sumbangan mereka yang semakin meningkat kepada masyarakat Iran selepas Revolusi," katanya.

Malaysia dan Iran menjalinkan hubungan diplomatik pada 1970 apabila Malaysia membuka kedutaannya di Tehran. Iran membuka kedutaannya di Malaysia pada tahun 1981. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia