web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ini Sebab Kenapa Yonnyboii Menang Album Terbaik Walaupun Tak Menang Kategori Lain

Ketua Juri Datuk Mokhzani Ismail memberikan penjelasan kenapa album Yonnyboii diangkat sebagai pemenang bagi kategori utama Album Terbaik AIM edisi ke 23.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 2:12PM

Yonnyboii telah menewaskan empat lagi calon lain dalam kategori Album Terbaik AIM23 yang berlangsung semalam. - Gambar Instagram Yonnyboii

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam telah berlangsung Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) menyaksikan penyanyi muda Yonnyboii telah memenangi anugerah utama bagi kategori Album Terbaik menerusi album debutnya berjudul Yonny (Deluxe Version).

Yonnyboii telah menewaskan empat lagi calon lain iaitu Ramayan (Di Persiaran Cakrawala), Tuju (Tuju Untuk Kamu 18/19, SOG (Second Voyage) dan A.Limin (Sesudah Melakar Langit).

Seperti yang dijanjikan oleh pihak penganjur, pemenang bagi kategori Album Terbaik bukan sahaja akan membawa pulang trofi, tetapi turut diberikan dana kandungan digital bernilai RM200,000 yang disumbangkan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia sebagai habuan.

Menurut ketua juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail, sebanyak 40 buah album telah menghantar penyertaan bagi AIM edisi kali ini, namun hanya lima yang dipilih untuk berentap di malam anugerah. 

Ditanya kenapa album Yonnyboii yang menjadi pilihan pihak juri untuk diangkat sebagai album terbaik sedangkan album itu tidak meraih sebarang anugerah bagi kategori lain, kata Mokhzani album Yonnyboii mempunyai kualiti ciptaan lagu dan menepati citarasa masa kini. 

“Sebenarnya kelima-lima calon untuk kategori Album Terbaik memberikan saingan sengit. Tetapi apabila pihak juri duduk bersama dan memperhalusi penjurian, kita setuju untuk angkat seorang bintang yang membawa satu imej atau konsep yang baharu dalam arena muzik tanah air. 

Bagi saya, biarpun Yonnyboii tidak memenangi kategori-kategori yang lain seperti susunan muzik, lagu terbaik dan sebagainya, tetapi yang paling utama ialah kualiti penghasilan lagu, nyanyian dan konsep album yang membawa kepada kemenangannya.

“Mungkin dia tidak memenangi kategori lagu terbaik, tetapi dia berada dalam kelompok tertinggi. Begitu juga dengan rakaman album," katanya ketika ditemui di sidang media sejurus tamat acara anugerah. 

Yonnyboii ketika dinobat sebagai pemenang Anugerah Album Terbaik AIM23. - Gambar ihsan AIM
Yonnyboii ketika dinobat sebagai pemenang Anugerah Album Terbaik AIM23. - Gambar ihsan AIM

Bagi Yonnyboii pula dia tidak menyangka akan memenangi kategori yang diidamkan oleh setiap penyanyi itu.

“Saingan saya agak hebat. Jadi saya tak terfikir atau berharap akan menang bagi kategori Album Terbaik ini. 

“Tetapi kemenangan ini sangat penting bagi saya kerana album ini saya hasilkan dari A sampai Z semuanya sendiri. 

“Saya tulis sendiri dan saya buat susunan muzik bersama ‘team’ saya di rumah sewaktu PKP. Tak ada penghawa dingin lagi waktu itu. Saya sangat bangga kerana susah payah saya akhirnya membuahkan hasil pada hari ini,” katanya. 

Kata Yonnyboii lagi, album ini dihasilkan secara suka-suka kerana pada ketika itu pihak label meminta untuknya menghasilkan album penuh. 

Yonnyboii tidak menyangka akan memenangi kategori yang diidamkan oleh setiap penyanyi itu. - Gambar dari Instagram Yonnyboii
Yonnyboii tidak menyangka akan memenangi kategori yang diidamkan oleh setiap penyanyi itu. - Gambar dari Instagram Yonnyboii

“Lagu-lagu dalam album ini adalah lagu-lagu yang saya kategorikan sebagai ‘sampah’ dahulu kerana saya pernah letakkan ia ke tepi sebab nak fokus hasilkan ‘single’ baru. 

“Tapi disebabkan pihak label meminta untuk saya siapkan album penuh, jadi saya buat walaupun pada ketika itu saya tiada harapan sangat kerana PKP. 

“Tetapi Alhamdulillah masih ada yang mahu mendegar album dan lagu-lagu saya sehinggalah hari ini,” katanya. 

Tahniah diucapkan kepada Yonnyboii di atas pencapaian hebat ini. Semoga Yonnyboii terus menghasilkan karya-karya yang bagus dan memberikan maksud serta mesej mendalam buat para pendengar di Malaysia. – Getaran, 12 September 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Lagu Flash & Dash Terinspirasi Dari Siri Anime Jepun 90-an, Yonnyboii Bergabung Dengan Rapper Sarawak, Guccismith 

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Kenapa Rapper Yonnyboii Luah Rasa ‘Kecewa’ Selepas Menang AIM23? 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Tewaskan Nama Besar Di AIM23, Ziha Salleh Tak Sangka Lagunya Mendapat Pengiktirafan

4

Kolum 2 tahun yang lalu

AIM Ke-23, A&R Dan Situasi Muzik Terkini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara