web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Artis Naungan TikTok - Fatia, Trending Dengan Lagu ‘Bait-Bait Rasa’

Lagu ciptaan sepenuhnya Ezra Kong ini menceritakan tentang cinta yang  tidak  berbalas dan Fatia akui dia tidak pernah jatuh cinta.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 10:00AM

Fatia teruja mencuba genre muzik yang berlainan dan tidak sabar ingin melihat reaksi peminat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memulakan titik pengenalan dengan lagu Bahasa Inggeris ‘My World Too’ dan versi Bahasa Malaysia, ‘Bebas Jadi Diri Ku’, Fatia kini muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul ‘Bait-Bait Rasa’ yang kini telah pun menjadi trending di media sosial.

Artis yang bernaung di bawah platform hiburan video paling popular iaitu TikTok ini menyifatkan, ‘Bait-Bait Rasa’ ciptaan komposer Ezra Kong merupakan  sebuah karya lagu   yang  jauh  berbeza  dari  segi  konsep  muzik  berbanding  single  sulungnya sebelum ini.

“Lagu ini sangat berbeza dari lagu pertama saya, ‘My World Too’. Bukan saja dari aspek melodi dan tema  yang  lebih  lembut  serta  feminin,  tetapi  juga  dari  gaya  vokal  dan  proses  rakaman. 

“Saya teruja menceburi genre muzik yang berlainan dan tidak sabar ingin melihat reaksi peminat setia saya. Saya juga berharap kreativiti ini akan menarik perhatian peminat baharu juga,” ujar Fatia teruja,”

‘Bait-Bait Rasa’ menceritakan tentang cinta yang tidak berbalas, namun Fatia memberitahu yang dia belum pernah mengalami perasaan tersebut.

“Lirik lagu ini menangkap perhatian saya dengan serta-merta saat mendengar demo yang  dikongsi oleh Ezra. Apatah lagi dalam hidup saya setakat ini saya tidak pernah jatuh cinta. Liriknya seperti ada maksud yang lebih mendalam.

“Mungkin, ia sebagai satu pengajaran buat saya apabila saya betul-betul menghadapi situasi itu nanti,” kata penyanyi berusia 22 tahun itu.

Penyanyi muda itu turut mengakui, semasa memilih lagu ini dirinya telah mendengar banyak demo lagu berbahasa Melayu namun lagu ini yang paling digemari.

“Lebih-lebih lagi bila saya ketahui yang ia ditulis oleh Ezra Kong. Saya sangat teruja tetapi pada masa yang sama, segan juga kerana saya sungguh minat karyanya yang lain,” ujarnya.

Jelas Fatia lagi, proses rakaman lagunya berjalan lancar dan sangat cepat kerana dia tidak ingin mengecewakan Ezra Kong yang juga turut bertindak sebagai penerbit lagu ini.

“Saya masuk studio Ezra beberapa kali, kali  yang pertama  untuk  mencari  key  yang  terbaik dan kali kedua untuk merakam vokal.

“Saya banyak belajar dari Ezra, terutamanya dari segi persembahan vokal dengan penuh emosi serta menggunakan aspek suara yang berlainan dari sebelum ini. 

Dia  menggalakkan saya untuk yakin dengan suara saya yang sebenar. Dari pemerhatian saya, dia juga seorang yang sangat baik hati dan sabar, selain sangat profesional,” dihuraikan Fatia.

Mengenai pengalamannya penggambaran video muzik (MV) lagu ini, Fathia berkata,  penggambarannya sangat menyeronokkan.

“MV ini agak unik kerana  dirakamkan  1.5  kali  lebih  laju  dari  kelajuan  lagu  yang  sebenar.  Jadi kelihatan  seperti  saya sedang menyanyi rap namun perlu kekal elegan. Memang lucu pengalamannya,” ujarnya lagi.

Lagu yang diterbit, disusun, dicipta dan ditulis oleh komposer berbakat besar nan tersohor Ezra Kong itu berada  di  semua  platform  digital seperti  Spotify,  Apple  Music,  Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 14 Oktober lalu. - Getaran, 19 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara