web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konsert ‘Fantasia Bulan Salju’ - Search Bakal Beraksi Dan Gegarkan Arena Of Stars, Genting Highlands

“Nama konsert ini diambil dari salah satu lagu paling popular Search iaitu ‘Fantasia Bulan Madu’ yang kami ubah menjadi Fantasia Bulan Salju”, jelas Nasir yang juga merupakan di antara anggota kumpulan Search yang terawal.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 10:01AM

Search buat julung kali akan beraksi dan menggegarkan Arena of Stars, Resorts World Genting dengan konsert yang dinamakan, Fantasia Bulan Salju - Gambar : JC Public Relations & Communications

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih mendomininasi industri muzik tanah air sebagai kumpulan muzik rock tanah air, Search buat julung kali  akan beraksi dan menggegarkan Arena of Stars, Resorts World Genting dengan konsert yang dinamakan, Fantasia Bulan Salju

Dianjurkan MIC Entertainment yang berpengalaman besar menganjurkan konsert artis antarabangsa di negara ini, konsert yang bakal dijayakan Amy selaku vokalis, Hillary Ang (gitaris), Man Kidal (gitaris) dan Nasir (pemain bass) ini akan berlangsung pada 12 Ogos nanti. 

“Sejak ditubuhkan pada tahun 80-an sehinggalah ke hari ini, Search tidak putus-putus diberi kepercayaan oleh penganjur acara bertaraf antarabangsa untuk menghiburkan para peminat kami di rantau ini.  

“Tanggungjawab ini sungguh berat, lebih-lebih pada masa kini di mana peminat muzik lebih sofistikated. Namun, demi legasi dan peminat-peminat samada yang lama mahupun dari generasi baru, kami berempat tidak jemu untuk terus berkarya. 

“Setiap konsert kami mempunyai keunikan tersendiri serta berbeza dari konsert yang sebelumnya.  Konsert Fantasia Bulan Salju juga tidak terkecuali. 

“Nama konsert ini diambil dari salah satu lagu paling popular Search iaitu ‘Fantasia Bulan Madu’ yang kami ubah menjadi Fantasia Bulan Salju”, jelas Nasir yang juga merupakan di antara anggota kumpulan Search yang terawal.

Menurut Amy selaku vokalis utama Search pula, Konsert Fantasia Bulan Salju bukan konsert biasa yang diadakan sekadar untuk memenuhi permintaan. 

“Ia adalah bukti bahawa setelah empat dekad Search lalui segala pahit manis serta cabaran hebat industri muzik, karier Search terus kukuh dan kami kekal relevan. 

“Antara keunikan Konsert Fantasia Bulan Salju ini adalah venue konsert itu sendiri yang, mana ia diadakan di pusat pelancongan tanah tinggi negara yang amat popular iaitu Resorts World Genting. 

“Peminat-peminat Search bukan sahaja dapat menonton konsert dalam kenyamanan cuaca dingin semula jadi malah Arena of Stars juga menjadi pilihan begitu ramai artis-artis dari serata dunia kerana ia mempunyai segala fasiliti bagi penganjuran konsert bertaraf antarabangsa. 

“Search sering kali menekankan bahawa kejayaan sesuatu konsert itu bergantung kepada pelbagai faktor seperti keselesaan, kualiti peralatan bunyi dan visual, keselamatan, harga tiket yang berpatutan, gaya di atas pentas, dan lain-lain lagi,” ujar Amy yang begitu dikenali bukan sahaja peminat muzik bahkan peminat fesyen di rantau Asia kerana keberaniannya untuk bereksperimen dengan gaya-gaya berani.

Sementara itu, MIC Entertainment Group selaku penganjur Konsert Fantasia Bulan Salju menyatakan bahawa sudah tiba masanya mereka mengetengahkan artis-artis tempatan untuk mengadakan konsert di Arena of Stars, Resorts World Genting. 

Brian Lim, Ketua Pegawai Eksekutif MIC Entertainment Group, Brian Lim berkata, pihaknya amat berbangga dengan kolaborasi hebat tiga penjuru di antara Search, MIC Entertainment Group dan Arena of Stars ini. 

“Arena of Stars bolehlah dikatakan sebagai jenama global dan Search sebagai sebuah kumpulan rock legenda terunggul adalah pilihan paling tepat pihak kami untuk mengadakan konsert solo artis tempatan pertama di venue tersebut. 

“Saya percaya, dengan sokongan kuat dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi peminat-peminat Search terutamanya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, maka Konsert Fantasia Bulan Salju ini pasti dinobatkan sebagai konsert paling epik tahun ini justeru melakar sejarah di dalam lipatan industri seni tanah air terutama scene rock n roll,” katanya. 

Tiket Konsert Fantasia Bulan Salju berharga dari RM128 hingga RM338 (VIP Fantasia) tidak termasuk caj untuk pemprosesan dan ia akan mual dijual pada 16 Mei ini. Layari laman sesawang rwgenting.com dan my.bookmyshow.com untuk maklumat lanjut berkenaan cara-cara pembelian tiket.  – Getaran, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 hari yang lalu

Tam Tak Sangka Konsert Sulung Spider Dapat Sambutan Luar Biasa

2

Semasa 6 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

4

Muzik 1 bulan yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

Filem Trilogi Epik Demon Slayer Bakal Ditayangkan Di Pawagam 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Demi Watak, Hariz Hamdan Sanggup Cium Tapak Kaki Farah Ahmad Dalam Siri X-Change

Menurut Hariz, pada mulanya dia agak jijik untuk melakonkan babak tersebut, tetapi menganggap ini adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

oleh Helmi Anuar