web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dendam Manis Liza Hanim Terbalas Selepas 27 Tahun

Konsert di Zepp KL gamit kenangan lebih 1,000 peminat sejak era kemunculan penyanyi bersuara emas itu menerusi 30 lagu dendangannya

Muzik Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 8:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Namanya sudah lebih dua dekad mewarnai industri seni hiburan tanah air. Banyak lagu-lagunya menjadi siulan ramai sejak kemunculan pertamanya sebagai seorang artis rakaman. Dan Ahad lalu pada tanggal 4 Februari 2024, bintang bersuara emas, Liza Hanim berjaya memenuhi impiannya untuk mengadakan konsert sulungnya.

Lewat konsert berjudul ‘Liza Hanim 27 Years Journey' penyanyi yang bakal menginjak usia 45 tahun itu telah menghiburkan sekitar 1,100 orang penonton yang hadir di lokasi Zepp KL pada malam bersejarah itu.

“Saya benar-benar bersyukur dan berterima kasih atas kehadiran anda semua, khasnya peminat yang setia bersama sejak awal kemunculan saya 27 tahun lalu,” ujar Liza di antara persembahan nyanyiannya pada malam tersebut.

Bak sebuah dendam manis yang sudah lama tersimpan, Liza benar-benar memberikan segala usaha dan tenaganya pada malam itu biarpun berada dalam keadaan yang sedikit kurang sihat.

Seperti yang diumumkan di laman media sosialnya beberapa hari sebelum konsert tersebut, penyanyi yang juga ibu kepada lima orang anak itu berjaya mendendangkan sekitar 30 buah lagu di panggung tersebut.

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan pada malam itu sudah tentu termasuk karya-karyanya yang paling popular seperti Getaran Cinta Di Jiwa, Siapa Sangka Siapa Menduga, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa, Ku Idamkan Rindu dan banyak lagi.

Liza juga sempat mengadakan sesi tribut buat insan-insan terdekat dalam hidupnya yang telah meninggal dunia. Antara yang sangat dirindui Liza sudah tentulah arwah ayahnya, Abdul Halim Abd Razak yang menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2019.

Turut dikenang dalam sesi tribut tersebut adalah Allahyarham Adnan Abu Hassan, komposer tersohor negara yang telah menemui dan menggilap bakat Liza Hanim sehingga menjadi artis rakaman ternama negara.

Sesuai dengan segmen tersebut, Liza telah menyampaikan lagu berjudul Tiada yang liriknya dinukil penulis lirik dan pengacara popular Ahmad Fedtri Yahya, yang turut hadir pada malam tersebut.

Liza juga menyampaikan beberapa lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang pernah beliau rakam di dalam album keduanya. Ini termasuk dendangan ‘berhantu dan memukau' lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti, selain Jeritan Batin Ku dan Istana Cinta.

Liza juga sempat berkongsi pentas dengan anak sulungnya, Marsya Qistina saat menyampaikan lagu Bahagiakan Dia yang asalnya dinyanyikan bersama Shila Amzah.

Marsya juga diberi kesempatan untuk menyampaikan lagu ibunya, yang berjudul Teman Tersayang sewaktu Liza menyalin busana untuk bahagian kedua konsertnya.

Malam penuh meriah itu diakhiri dengan lagu Gelisah Mimpi yang pernah menjulang nama Liza Hanim di Anugerah Juara Lagu lebih sedekad yang lalu.

Namun, selepas dendangan karya tersebut, peminat meminta Liza untuk teruskan nyanyian dan sebagai penutup rasmi Liza menyampaikan lagu asal nyanyian Celine Dion berjudul My Heart Will Go On.

Jelas ketara pada malam itu yang Liza Hanim masih belum hilang taringnya. Nyanyiannya masih semerdu rakaman-rakamannya di dalam album-albumnya terdahulu.

Dan ini diakui oleh ramai peminat serta rakan-rakan artis yang memberi komen di laman media sosial dan hadir pada malam tersebut.

Antara selebriti yang hadir memberi sokongan dan menonton konsert Liza Hanim pada malam itu adalah Hady Mirza, Marsha Milan, Nikki Palikat, Noryn Aziz, Anuar Zain, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza. Turut hadir adalah komposer tersohor Azmeer yang telah banyak mencipta lagu buat Liza Hanim.

Syabas Liza Hanim! Semoga diberi kesempatan untuk berpanggung lagi di masa hadapan! – Getaran, 10 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kehadiran Sharnaaz Ahmad Tak Ganggu Persembahan Shila Amzah Di Pentas GV9

3

Muzik 2 tahun yang lalu

25 Tahun Bergelar Penyanyi, Akhirnya Liza Hanim Berjaya Kecapi Nikmat Genggam Trofi AIM

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Siri Jelajah Suria FM Kembali Dengan Menampilkan 33 Artis Popular Selepas 2 Tahun Pandemik 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia