web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


19 April Cuti Tambahan Sekolah Sempena Aidilfitri - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 2:26PM

Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju memberi cuti tambahan kepada semua sekolah di seluruh negara pada 19 April sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju memberi cuti tambahan kepada semua sekolah di seluruh negara pada 19 April sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika mengumumkannya hari ini berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan guru dan ibu bapa terutama yang bertugas di negeri lain, merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Dengan ini pada 19 April, KPM mengisytiharkan cuti khas untuk semua warga KPM… jadi untuk hari itu tiada sekolah.

“Kita ambil kira semua pandangan dan untuk kesejahteraan guru-guru warga KPM urus perjalanan pulang ke kampung,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti KPM di sini hari ini. 

Berdasarkan kalendar akademik Sesi 2023/2024 KPM, cuti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri kumpulan A dan B adalah bermula pada 20 April (Khamis).

Fadhlina turut memaklumkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 akan diumumkan pada 18 April ini. 

“Kita akan pastikan pengumuman (keputusan STAM) ini dibuat mengikut aturan biasa dan keputusan boleh diambil (di sekolah) selepas pukul 10 pagi. 

“Kepada anak-anak yang akan ambil keputusan STAM, kita ucapkan semoga berjaya dan mudah-mudahan keputusan ini memberikan kejayaan dan melonjakkan lagi semangat anak-anak sambung belajar,” katanya.

Seramai 4,634 orang calon menduduki peperiksaan STAM tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sementara itu, semasa ditanya sama ada sukatan pelajaran antirasuah di sekolah rendah dan menengah mencukupi bagi mengekang gejala salah laku itu, beliau berkata sukatan pelajaran sedia ada diyakini mampu memberi impak terbaik dan ia akan dikemas kini mengikut keperluan semasa. 

“(Sukatan pelajaran) adalah mengikut tahap kanak-kanak dan ini sentiasa menjadi keutamaan apatah lagi dalam soal rasuah. 

“Buku teks Pendidikan Islam juga telah menunjukkan tahap tingginya peringatan tentang rasuah telah dimuatkan dalam buku teks anak-anak kita,” katanya.

Pada majlis itu, Fadhlina turut melancarkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat KPM dan Buku Panduan Pengurusan Tindakan Tatatertib KPM.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

3

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Pastikan Tidak Lenyap, Usaha Kamuskan Bahasa Mendriq Sudah Bermula 

4

Semasa 10 bulan yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia