web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPT Nafi Syarat Ketat Pinjaman, Biasiswa Faktor Lepasan SPM Tidak Lanjut Ke IPT

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 4:00PM

Kementerian telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung) yang membantu mahasiswa wakil pertama daripada keluarga berpendapatan rendah B40 dengan pengecualian sepenuhnya yuran pengajian di semua universiti awam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan dakwaan kononnya syarat ketat pinjaman dan biasiswa menjadi faktor pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hal ini kerana kementerian telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung) yang membantu mahasiswa wakil pertama daripada keluarga berpendapatan rendah B40 dengan pengecualian sepenuhnya yuran pengajian di semua universiti awam.

Beliau berkata kemudahan pinjaman seperti di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula hanya berdasarkan kepada pendapatan ibu bapa.

“Kalau ada pihak kata syarat biasiswa atau pinjaman ketat, saya ingat pelajar SPM yang tidak masuk ke IPT itu adalah mungkin disebabkan kerana mereka tidak lulus.

“…atau mereka mohon atau pilih subjek yang tidak sesuai kelayakan, pelajar perlu masuk ke IPT dahulu dan selepas itu baru lihat sama ada mereka boleh dapat pinjaman atau tidak,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerjanya ke Politeknik Ibrahim Sultan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan persatuan mahasiswa bahawa syarat ketat dikenakan untuk permohonan biasiswa atau pinjaman menjadi faktor yang menyebabkan ramai lepasan SPM memilih tidak melanjutkan pengajian di IPT.

Presiden Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya Nur Nazirah Abdullah dilaporkan berkata faktor utama pelajar lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran adalah sumber kewangan tidak mencukupi, selain turut mengesyorkan agar kerajaan melaksanakan lebih banyak inisiatif bantuan kewangan atau membuat pelan yang memberi jaminan kewangan kepada pelajar.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai kemasukan pelajar pelarian Rohingya di IPT, beliau mengulangi bahawa kemasukan itu hanya bagi yang berkelayakan selain mampu untuk membayar yuran pengajian.

Beliau berkata ramai pelajar antarabangsa yang menyambung pengajian di Malaysia dan pelarian etnik itu tidak terkecuali. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

2

Semasa 4 bulan yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia