web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhammad Sanusi Pertahan Kenyataan Formula Kestabilan Politik 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 6:08PM

Muhammad Sanusi (kiri) bersama Takiyuddin menyempurnakan pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka Peringkat Negeri Kedah di Dewan Al-Hana, Kompleks Sukan Perdana, Sik, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tetap mempertahankan kenyataannya kelmarin bahawa kerusi UMNO yang sedikit hingga tidak mampu menumbangkan kerajaan, bakal menyumbang kepada kestabilan politik di negara ini.

Menurutnya, beliau secara jelas telah menyatakan fakta, hujah, testimoni dan contoh berhubung perkara itu dalam ucapan di Johor. 

Tegas beliau, semua pihak perlu meneliti semula ucapan tersebut sepenuhnya tanpa memahaminya secara 'separuh-separuh'.

"Saya bawa hujah jika kerusi UMNO sikit, politik akan stabil dan kalau kerusi UMNO banyak, tak stabil. Kalau 'depa' nak jawab, kena ada hujahlah, bawa testimoni pada saya. Kerusi UMNO banyak di Perak, Melaka, Johor termasuklah di kerajaan Persekutuan. Di situ kerajaan bergolak hingga tukar Menteri Besar, Ketua Menteri dan diadakan PRN.

"Semua itu disebabkan ketidak stabilan politik, antaranya kerana kerusi UMNO banyak. Walaupun saya bercakap itu banyak bergurau, tetapi fakta saya betul dan tepat, bersandarkan pemerhatian saya," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka Peringkat Negeri Kedah yang disempurnakannya secara bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Al-Hana, Kompleks Sukan Perdana di sini, hari ini. 

Dalam ceramahnya sempena Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor kelmarin, Muhammad Sanusi mendakwa kestabilan politik di Malaysia dan setiap negeri mampu diwujudkan menerusi satu formula mudah iaitu dengan memastikan UMNO dan BN memiliki kerusi yang sedikit, hingga tidak mampu menumbangkan kerajaan walaupun mereka menarik diri.

Kenyataan Muhammad Sanusi itu turut mendapat reaksi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang mendakwa isu tersebut sebenarnya tidak timbul.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, kenyataan itu dibuat dalam konteks Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan bukannya dalam konteks pentadbiran di Kedah. 

"Bila berlaku pertembungan dalam pergelutan politik, saya kena cakaplah. Takkan nak bagi mereka 'score' gol saya dan takkan saya nak kempen untuk mereka pula? 

"Jadi janganlah orang kait benda lain sampai bawa balik ke Kedah, dan kata Kedah bergoncang pula. Itu bukan konteksnya kerana saya berucap dalam konteks pilihan raya setelah berlaku pertembungan antara Perikatan Nasional dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)," katanya. 

Muhammad Sanusi turut mengingatkan semua pihak agar tidak 'berhati tisu' dalam berpolitik. 

"Nak main politik jangan jadi hati tisu, hati mau kental," katanya. - Getaran 14 Februari 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia