web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Belum Ada Maklumat Siapa Tandingi Jawatan Timbalan Presiden PKR

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 4:05PM

Salah seorang penyokong Anwar mengambil peluang untuk berswafoto dengan Presiden PKR itu pada Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 di Padang Awam Kampung Lalang, Mukim Siong, Baling, hari ini. - Gambar Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING -  Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa  masih belum menerima maklumat mengenai siapa yang bakal bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu, April depan. 

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Menurutnya, masih terlalu awal untuk membicarakan mengenai hal tersebut walaupun ketika ini terdapat desas-desus mengenai pertandingan tiga penjuru, melibatkan tiga nama besar dalam parti. 

"Saya tak ada maklumat apa-apa lagi mengenai perkara itu. Masih terlalu awal," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 di Padang Awam Kampung Lalang, Mukim Siong, dekat sini, hari ini. 

Majlis dianjurkan Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu turut dihadiri Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi; Pengerusi PH negeri, Datuk Johari Abdul serta Presiden MAPIM, Mohd. Azmi Abdul Hamid. 

Anwar beramah mesra dengan penduduk pada Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 di Padang Awam Kampung Lalang, Mukim Siong, hari ini.
Anwar beramah mesra dengan penduduk pada Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 di Padang Awam Kampung Lalang, Mukim Siong, hari ini.
Anwar beramah mesra dengan pemain gendang silat pada Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 di Padang Awam Kampung Lalang, Mukim Siong, hari ini.
Anwar beramah mesra dengan pemain gendang silat pada Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 di Padang Awam Kampung Lalang, Mukim Siong, hari ini.

Tiga individu yang dikatakan akan merebut jawatan tersebut adalah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; bekas Naib Presiden, Rafizi Ramli serta bekas Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Namun buat masa ini, ketiga-tiga individu berkenaan masih belum memberi sebarang jawapan muktamad mengenai perkara tersebut.

Jawatan Timbalan Presiden parti itu tidak diisi selepas Azmin Ali bersama 10 Ahli Parlimen PKR melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam 'Langkah Sheraton' yang berlaku pada akhir Februari 2020. 

Diminta mengulas mengenai kemungkinan Rafizi akan kembali aktif berpolitik seperti diuar-uarkan ketika ini, Anwar berkata bekas Ahli Parlimen Pandan tersebut memiliki hak untuk berbuat demikian, seperti mana ahli-ahli PKR yang lain. 

"Kita mengalu-alukan penyertaannya dan perkara itu turut merangkumi semua ahli," katanya. - Getaran 20 Februari 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia