web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kegagalan Abdul Hadi Urus Pendapat Dorong Khairuddin Keluar PAS? 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 4:21PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Krisis dalaman sehingga Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali nekad meninggalkan PAS, dipercayai berpunca daripada kegagalan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang menguruskan perbezaan pendapat. 

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau percaya langkah diambil Mohd Khairuddin yang juga mantan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu, didorong kekecewaannya terhadap sikap Abdul Hadi, ketika masing-masing memiliki pandangan berbeza berhubung hala tuju PAS. 

Menurutnya, Khairuddin mungkin merasakan tiada ruang untuk beliau melontarkan idea dalam PAS ketika dirinya dilihat lebih cenderung kepada kerjasama bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Abdul Hadi pula, katanya, berkemungkinan lebih ‘gemarkan’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menerusi Perikatan Nasional (PN). 

“Saya tak pasti apa sebabnya Khairuddin letak jawatan, tetapi saya percaya ia ekoran beberapa tindakan dibuat pimpinan PAS terhadap beliau, termasuk memecatnya dari Jawatankuasa PAS Pusat dan mengenepikannya daripada Majlis Syura Ulama. 

“Duduk dalam PAS ketika ini perlu bersikap ‘Yes Man’ dan itulah kelemahan parti tersebut. Semua ini bermula daripada isu perbezaan pendapat dan pandangan gagal diurus Abdul Hadi kerana beliau berpihak kepada BERSATU, manakala Khairuddin memihak kepada MN untuk terus bekerjasama dengan UMNO,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini. 

Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar Bernama
Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar Bernama

Pada sidang akhbar di Parlimen semalam, Khairuddin yang sudah menjadi ahli parti itu selama 33 tahun sejak 1989, membuat pengumuman mengejutkan apabila memaklumkan pendirian untuk keluar daripada PAS, berkuat kuasa serta merta. 

Mantan Setiausaha Majlis Syura Ulama itu tidak menjelaskan sebab beliau berbuat demikian, namun menyifatkan langkah tersebut sebagai berat untuk diambil. 

Selain itu, Mahfuz berkata, disebabkan terlalu sayangkan PAS dan mungkin kerana amat menghormati Abdul Hadi yang dianggap sebagai ‘orang lama’, Khairuddin tidak tergamak menyatakan punca sebenar beliau meninggalkan parti itu. 

“Seperti saya nyatakan tadi, ini kelemahan PAS kini, iaitu kegagalan menguruskan pendapat. Perkara ini tidak berlaku dalam kepimpinan PAS terdahulu, seperti Yusof Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.

Jelasnya, sepanjang lebih 30 tahun dalam PAS, beliau sendiri pernah bertekak dengan Fadzil Noor dan Nik Abdul Aziz hingga ada keputusan terpaksa dibuat menerusi pengundian. 

“Tetapi akhirnya saya ‘okey’ walaupun keputusan akhir tidak seperti saya mahukan kerana kepimpinan sebelum ini memberi ruang kepada semua pihak memberi pandangan. 

“Namun kini keadaannya sudah berbeza dalam PAS,” katanya yang pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden PAS. - Getaran 15 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia