web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengundian Pemilihan PKR Kedah Lancar, 1 Cabang Ditangguh

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 May 2022 9:37PM

Calon Ketua Cabang PKR Alor Setar, Mejar (B) Ismail Feisol (kanan) bercakap dengan ahli PKR yang hadir untuk mengundi secara fizikal pada sesi pemilihan di Dewan KIA, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sesi pengundian secara fizikal Pemilihan PKR 2022 bagi cabang Padang Serai hari ini, terpaksa ditangguhkan berikutan masalah teknikal selain rasa tidak puas hati beberapa pihak.

Menurut Koordinator Negeri Kedah, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Rashid Din, sesi undian fizikal bagi 14 cabang lain dalam negeri ini bagaimanapun berjalan lancar sebaik dimulakan jam 9 pagi dan berakhir 5 petang tadi.

Menurutnya, berlaku pertengkaran mulut di beberapa kawasan namun tiada pergaduhan fizikal terjadi antara pihak yang berbalah.

"Di Padang Serai, kita memutuskan untuk menangguhkan sesi undian pada jam 12 tengah hari. Ia bermakna undian dibuat sebelum itu tidak diambil kira.

"Mungkin undian semula akan diadakan pada minggu depan. Di kawasan lain turut berlaku perang mulut dan masalah teknikal, namun masalah itu dapat diselesaikan sekali gus membolehkan sesi undian berjalan lancar sehingga 5 petang ini," katanya.

14 lagi kawasan yang mengadakan sesi undian fizikal hari ini adalah Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu, Merbok, Sik, Jerai, Baling, Kubang Pasu, Alor Setar, Langkawi, Padang Terap, Kuala Kedah, Pendang, Pokok Sena dan Jerlun.

Dalam pada itu tinjauan Getaran di beberapa kawasan pengundian antaranya cabang Pokok Sena dan Alor Setar mendapati, perjalanan pengundian berjalan lancar dan tenang di sebalik pergaduhan mulut yang berlaku.

Di Dewan Persatuan India Kedah (KIA) yang menjadi lokasi pengundian fizikal di Alor Setar contohnya, berlaku sedikit pertikaian mengenai kedudukan khemah calon bertanding selain tindakan individu tertentu ketika mengiringi kedatangan pengundi.

Namun pertelingkahan itu tidak terbawa-bawa hingga menimbulkan kekecohan yang terlalu besar, hingga mengganggu proses pengundian yang berakhir kira-kira jam 5 petang. - Getaran, 14 Mei 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia