web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tidak Kisahlah Panggil Saya ‘PM Tepi’, Sekurang-Kurangnya Saya Tak Khianat Rakyat - Anwar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 1:09PM

Anwar Ibrahim membidas pemimpin politik yang gagal mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengeluarkan negara daripada kelesuan ekonomi - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pemimpin politik yang gagal mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengeluarkan negara daripada kelesuan ekonomi.

Mengulas mengenai usulnya untuk membahaskan isu ekonomi di Dewan Rakyat ditolak semalam, beliau membidas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang melabelkannya sebagai ‘PM tepi’ (membawa maksud pemimpin yang masih gagal dilantik dan juga perkataan digunakan rakyat Malaysia untuk memaklumkan sesuatu maklumat menerusi mesej peribadi).

Istilah itu sering digunakan untuk mengejek Anwar kerana gagal menjadi Perdana Menteri berikutan krisis politik, Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menyaksikan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) melompat parti, sehingga menyaksikan kejatuhan kerajaan PH.

“Katalah apa yang anda mahukan mengenai saya menjadi ‘PM tepi’, tetapi sekurang-kurangnya saya tidak menipu dan mengkhianati rakyat.

Istilah 'PM tepi' sering digunakan untuk mengejek Anwar kerana gagal menjadi Perdana Menteri berikutan krisis politik, Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menyaksikan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) melompat parti, sehingga menyaksikan kejatuhan kerajaan PH - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Istilah 'PM tepi' sering digunakan untuk mengejek Anwar kerana gagal menjadi Perdana Menteri berikutan krisis politik, Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menyaksikan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) melompat parti, sehingga menyaksikan kejatuhan kerajaan PH - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Tidak seperti mereka yang secara terang-terangan mensia-siakan kepercayaan orang ramai dan mengkayakan diri mereka sendiri,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh dan sorakan orang ramai.

Pengerusi PH dan Presiden PKR itu berkata demikian ketika berucap pada ceramah Jelajah Rakyat di Bandar Sri Damansara di sini, malam tadi.

Majlis tersebut dihadiri lebih 300 orang, termasuk Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli dan Ketua Cabang Ampang, Datuk Hans Isaac.

Beliau kemudian menempelak kerajaan dengan mempersoalkan keikhlasan kepemimpinannya dalam menangani peningkatan kos sara hidup, selain mendakwa bahawa mereka sering ‘bersujud’ kepada kepentingan korporat.

“Tiada sesiapa pun dalam kerajaan yang berani berurusan dengan ‘tauke’ (taikun). Mereka kata ‘hidup Melayu, hidup Islam’. Tetapi apabila harga barang naik, mereka tidak berani berunding dengan taikun kaya ini,” katanya.

Beliau turut membangkitkan kritikan dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kerana menunjukkan kesusahan rakyat.

Sementara itu, Datuk Zaharin Mohd Yasin yang dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu, turut kelihatan bersama khalayak pada acara itu, malah disebut pengacara majlis.

Datuk Zaharin Mohd Yasin yang dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu, turut kelihatan bersama khalayak pada acara itu, malah disebut pengacara majlis - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Datuk Zaharin Mohd Yasin yang dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu, turut kelihatan bersama khalayak pada acara itu, malah disebut pengacara majlis - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Walaupun tiada alasan kukuh diberikan berhubung penyingkirannya, Zaharin mendakwa perkara itu berlaku disebabkan kritikannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zaharin juga mendakwa terdapat beberapa ‘kawan’ dalam PKR yang menyokong beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di bawah tiket parti itu. - The Vibes, 4 Oktober 2022

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 21 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight