web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anthony Sangkal Kerajaan Perpaduan Dikuasai DAP

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 9:42PM

Anthony berkata kerajaan Persekutuan ketika ini didominasi oleh 77 Ahli Parlimen Melayu yang beragama Islam, terdiri daripada 19 parti bagi membangkitkan kembali kestabilan politik serta mempertahankan kepelbagaian kemajmukan dimiliki oleh Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyangkal dakwaan Perikatan Nasional (PN) bahawa Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikuasai parti majoriti Cina itu.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Persekutuan ketika ini didominasi oleh 77 Ahli Parlimen Melayu yang beragama Islam, terdiri daripada 19 parti bagi membangkitkan kembali kestabilan politik serta mempertahankan kepelbagaian kemajmukan dimiliki oleh Malaysia.

Anthony Loke - Gambar oleh Azim Rahman
Anthony Loke - Gambar oleh Azim Rahman

“Kerajaan hari ini didokong oleh 148 Ahli Parlimen. Daripada jumlah itu, 77 adalah Bumiputera beragama Islam, 16 Bumiputera bukan Islam, 43 dari kaum Cina serta 12 wakil rakyat lagi adalah dari kaum India dan lain-lain.

“Ini membuktikan majoriti dalam Kerajaan Perpaduan masih didokong oleh Ahli Parlimen Melayu beragama Islam dan Bumiputera. Jadi, apa yang penting, kita mesti menjalinkan kerjasama dengan memastikan hubungan antara kaum itu baik. 

“Persaingan bukan antara kita tetapi antara Malaysia dan dunia luar,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Mengimbas kembali bagaimana gabungan parti politik Kerajaan Perpaduan boleh terbentuk, Anthony mendedahkan bahawa semua Ahli Parlimen DAP telah memberi sokongan tanpa syarat kepada Datuk Seri Anwar agar bebas membentuk kerajaan dengan sebarang parti politik, termasuk sekutunya.

Menurut beliau, ia selepas negara mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya, tiada gabungan parti yang berjaya memperoleh majoriti kerusi bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

“Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya semua parti bekerjasama membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan. Sebelum Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menuju ke istana, saya telah berbisik pada beliau bahawa saya telah diberi mandat dari semua Ahli Parlimen DAP untuk memberi sokongan tanpa syarat kepadanya kerana kita telah tahu keputusannya (PRU-15).

“Anwar jelas telah menerima titah Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan tanpa syarat, tidak seperti pihak lagi satu (PN), telah menolak cadangan itu bulat-bulat. Justeru, selepas itu, kita boleh melihat Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta GPS yang diketuai oleh Datuk Seri Fadillah Yusof bersetuju dan menghormati nasihat oleh Seri Paduka Baginda,” katanya.

Dalam pada itu, Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata, tindakan terbabit membuktikan kematangan pemimpin dalam berpolitik, demi pembangunan negara berteraskan kepada prinsip Rukun Negara.

“Saya yakin keputusan diambil semua pimpinan Kerajaan Perpaduan berpandukan kepada antara prinsip dalam Rukun Negara, iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara.

“Apa yang jelas, semua parti di dalam dewan (Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan) ini mendukung Rukun Negara yang setia kepada Raja dan negara. Sebelah sana (pembangkang) kita tak tahulah pula,” katanya. - Getaran, 14 Mei 2023.

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 22 jam yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Sukan 1 hari yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 18 jam yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan