web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 11:30AM

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LANGAT - Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

“(Petisyen) itu sedang diperhalusi, kita telah bincang untuk pihak PKR dahulu dan memang kita sudah semak semua perkara. Insya-Allah ia akan dikemukakan dalam masa terdekat, kita sedang menunggu proses keputusan pewartaan yang telah dibuat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program FIT Malaysia peringkat Selangor 2023 di sini hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan keputusan dan penyata pengundian selepas penjumlahan rasmi undi PRN di enam negeri sudah diwartakan pada 29 Ogos lalu.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang majoriti kemenangan adalah rendah.

Keputusan bagi empat kerusi berkenaan menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).

Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat biro politik dan Majlis Pimpinan Negeri dengan pasukan peguam akan membuat penelitian lanjut berhubung kes di semua kerusi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata kos pembersihan tapak sampah haram di Kapar, Klang adalah di bawah tanggungjawab pemilik tanah terbabit selaku pemilik harta persendirian. 

“Tetapi dalam banyak pengalaman kita, akhirnya kerajaan negeri akan masuk campur dan semestinya kita akan beri kos itu kepada tuan tanah dan kalau tidak ada, kita akan melakukan proses perampasan dan sebagainya sebab guna tanah yang tidak sesuai dengan apa yang sudah ditetapkan dalam syarat guna tanah,” katanya.

BERNAMA sebelum ini melaporkan jumlah sampah di tapak berkenaan dianggarkan antara 30,000 hingga 50,000 tan metrik dengan kos pembersihan mungkin membabitkan jutaan ringgit. BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Semasa 22 jam yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Politik 1 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Sukan 17 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara