web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2024 1:30PM

Bekalan air kembali pulih jam 6 pagi tadi - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekalan air di semua tujuh kawasan terjejas di Selangor pulih sepenuhnya selepas berdepan gangguan air pada Rabu lepas.

Jurucakap Air Selangor dalam kenyataan berkata, bekalan air di tujuh kawasan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor kembali pulih jam 6 pagi tadi.

“Ini setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang dijalankan pada 5 Jun 2024.

“Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya. 

Jelas jurucakap itu, pengguna diingatkan untuk terus menggunakan air dengan berhemat dan memastikan simpanan air mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan gangguan pada masa hadapan.

“Pengguna boleh melayari laman web rasmi Air Selangor atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bagi mendapatkan perkembangan lanjut mengenai bekalan air,” katanya. 

Sebelum ini beberapa kawasan di Selangor mengalami gangguan air berjadual sementara bermula 9 pagi Rabu sehingga hari ini. - Getaran, 7 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

3

Politik 3 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

4

Politik 3 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Sukan 6 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengasas Bersama G25 Noor Farida Meninggal Dunia

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar