web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 5:08PM

Krisis dalaman antara ADUN Pembangkang di Selangor dikatakan sudah semakin parah - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahun lalu, lima Ahli Parlimen pembangkang bertindak menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini, jejak mereka disusuli beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Selangor.

Memulakan langkah ialah ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Abdul Rashid berkata, keputusan menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari itu dibuat selepas meneliti perkembangan semasa dan mengambil kira beberapa faktor utama.

Abdul Rashid Asari - gambar Dewan Selangor
Abdul Rashid Asari - gambar Dewan Selangor

Menurut beliau, keputusan berkenaan  dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan.

“Saya terpanggil membuat keputusan ini setelah meneliti titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Baginda memuji pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang berada di landasan yang tepat demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sultan Selangor dalam titah ucapan baru-baru ini memuji pentadbiran negeri Selangor yang diketuai Amirudin Shari - gambar fail
Sultan Selangor dalam titah ucapan baru-baru ini memuji pentadbiran negeri Selangor yang diketuai Amirudin Shari - gambar fail

Jelas Abdul Rashid, langkah itu juga didorong oleh beberapa siri tindakan Perikatan Nasional (PN) terutamanya PN Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan dilontar kepada Raja-raja Melayu. 

“Ini adalah berlawanan dengan prinsip orang Melayu beragama Islam.

“Saya turut mengambil keputusan ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor terutama penduduk di kawasan N44 Selat Klang yang akan menerima manfaat dari kerajaan yang stabil serta padu,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan, akan kekal sebagai ahli BERSATU.

“Saya kekal komited sebagai ahli parti PPBM dan akan terus berkhidmat sebagai ADUN N44 Selat Klang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber dalaman memberitahu Getaran, kem pembangkang kini berdepan kemelut dalaman gara-gara ulah dibuat ketua mereka, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Harrison Hassan juga didakwa bakal mengisytihar sokongan terhadap Amirudin Shari tidak lama lagi - gambar Dewan Selangor
Harrison Hassan juga didakwa bakal mengisytihar sokongan terhadap Amirudin Shari tidak lama lagi - gambar Dewan Selangor

Beliau berkata, lebih ramai ADUN PN di Selangor dijangka menurut jejak Abdul Rashid tidak lama lagi.

“Antara yang dijangka berbuat demikian ialah ADUN Sungai Kandis, Wan Dzahanurin Ahmad; ADUN Morib, Rosnizan Ahmad; ADUN Batang Kali, Datuk Rizam Ismail dan ADUN Jeram, Datuk Harrison Hassan,” katanya.

Sumber mendakwa, Azmin pada Ahad lalu telah mengadakan pertemuan dengan ADUN PN di Selangor.

“Beliau dikatakan dapat ‘menghidu’ perkara seumpama ini akan berlaku.

“Sebenarnya bukan rahsia lagi bahawa ADUN pembangkang di Selangor cuma setia kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tapi bukan kepada Azmin,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

4

Politik 4 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad