web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 4:06PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengangkat tangan calon Barisan Nasional bagi Parlimen Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor semasa hadir pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI baru-baru ini.gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Pengundi Kemaman diseru menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman esok, yang akan menjadi penentu kepada kebajikan mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh empat tahun lagi, sebelum Pilihan Raya Umum berikutnya.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Jen (B), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang juga calon Barisan Nasional (PRK) untuk PRK itu berkata, setiap undi itu, mempunyai nilai yang sangat penting.

“Buat persiapan sewajarnya kerana mungkin hari esok hujan. Keluar beramai-ramai dan jalankan tanggungjawab mengundi,” katanya ketika ditemui semasa berkempen untuk hari terakhir di Felda Kerteh 5 di sini, hari ini.

Tempoh berkempen bagi PRK itu akan tamat jam 11.59 malam ini, dengan kedua-dua calon iaitu Raja Mohamed Affandi dan lawannya yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dari PAS, terus giat melakukan ‘sentuhan akhir’ bagi meraih sokongan pengundi.

Mengulas mengenai perjalanan kempennya, Raja Mohamed Affandi berkata, beliau gembira dengan sambutan diterima setiap kali bertemu pengundi.

Beliau percaya majoriti pengundi di Kemaman semakin mengenali dirinya selepas 14 hari berkempen dari waktu Subuh sehingga tengah malam, sekali gus menambah keyakinannya meraih keputusan terbaik, esok.

Bekas Panglima Angkatan Tentera itu turut menganggap ‘bayangan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memberikan ‘tugas penting’ kepada beliau sekiranya menang, adalah satu bentuk penghargaan terhadap rakyat Kemaman dan membuka ruang untuk beliau berkhidmat dengan lebih baik.

Selain Raja Mohamed Affandi yang mempunyai jadual padat sehingga akhir waktu berkempen tengah malam ini, Ahmad Samsuri dan pimpinan PAS turut dijadualkan mengadakan Ceramah ‘Grand Finale’ pada malam ini sebagai penutup kepada 14 hari aktiviti kempennya.

Esok, seramai 141,382 pengundi berdaftar PRK itu akan menunaikan tanggungjawab masing-masing bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini.

Selain itu, seramai 387 anggota polis, enam anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara mengundi secara pos, manakala tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera sudah mengundi awal di Balai Polis Kijal, 28 November lalu.

Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu, yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum Ke-15. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia